• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Militan Terbunuh Kubu Dibedil Tentera Filipina

oleh Ahmad Albab
29/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Tentera Filipina semalam melancarkan serangan udara dan darat di selatan negara itu yang dilapor menyebabkan seorang suspek pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara cedera.

Menurut pegawai semalam, suspek berkenaan yang menjadi sasaran utama serangan itu, Isnilon Hapilon, cuba menubuhkan pangkalan baru bagi pakatan yang menyokong kumpulan Daish.

Laporan awal perisikan menunjukkan serangan itu turut menyebabkan empat militan mati, mungkin termasuk seorang warga Malaysia, kata Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana.

Menurutnya, Isnilon yang juga digelar Abu Abdullah al-Filipini dipercayai melarikan diri dari kubunya di kawasan pergunungan berhampiran bandar Butig di wilayah Lanao del Sur.

“Tentera kini masih memburunya,” kata Lorenzana.

Ketua turus tentera, Heneral Eduardo Ano berkata, serangan menyasarkan kumpulan yang dikenali sebagai Maute bermula Rabu lalu, membabitkan ratusan tentera yang disokong dengan bedilan meriam.

Isnilon yang termasuk dalam senarai pengganas paling dikehendaki Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dilapor berpindah ke Butig dari kubu kuatnya di Pulau Basilan sebulan lalu untuk menubuhkan pangkalan baru bagi pakatan militannya, kata Ano.

Dia yang dikatakan fasih berbahasa Arab juga terkenal kerana kepakaran melancarkan serangan ala komando.

Bekas ketua kumpulan Abu Sayyaf itu berikrar taat setia kepada Daish pada 2014 sebelum menubuhkan pakatan yang dikenali sebagai Daulatul Islam Wilayahtul Mashriq yang kini dipercayai dianggotai sekurang-kurangnya 10 kumpulan militan kecil, termasuk beberapa puak Abu Sayyaf dan dua kumpulan yang diasaskan oleh militan Malaysia dan Indonesia.

Menurut pegawai antikeganasan Filipina, semua kumpulan itu menggunakan bendera hitam Daish. – Agensi/myMetro Online

Tags: FilipinaMilitan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Di Sebalik Spekulasi, UMNO Sabah Sedia Hadapi PRN Awal

Next Post

Trump Terus Kritik Mexico Isu Tembok Sempadan

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

Next Post

Trump Terus Kritik Mexico Isu Tembok Sempadan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd