• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

39 Mati, 40 Cedera Serangan Di Kelab Malam Turki

oleh Ahmad Albab
02/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 39 terbunuh dan 40 yang lain cedera selepas dua lelaki bersenjata berpakaian Santa Claus menyerang sebuah kelab malam dekat sini, hari ini, kata gabenor bandar raya ini yang menyifatkan ia adalah ‘serangan pengganas’.

“Malangnya, kira-kira 39 rakyat kita terbunuh termasuk seorang anggota polis manakala 40 lagi menerima rawatan di hospital,” kata Vasip Sahin kepada wartawan ketika berada di luar Kelab Malam Reina, Bosphorus bersebelahan benua Eropah.

Agensi berita Dogan melaporkan dua lelaki bersenjata berpakaian ala Santa Claus masuk ke pusat hiburan itu dan melepaskan tembakan secara rambang.

35 Terbunuh, 40 Cedera Serangan Di Kelab Malam Turki

Menurut laporan agensi itu, sekurang-kurangnya 700 pengunjung berada di dalam kelab malam itu untuk meraikan Tahun Baharu 2017 sebelum ia bertukar menjadi tragedi berdarah.

Ada antara saksi mendakwa penyerang bertutur bahasa Arab. Televisyen NTV pula melaporkan, kebanyakan pengunjung kelab malam itu terjun ke Selat Bosphorus kerana panik disebabkan serangan dan pasukan keselamatan berusaha menyelamatkan mereka secara berperingkat.

Rakaman siaran televisyen itu juga menunjukkan pasukan polis khas memeriksa kelab malam itu dan seluruh kawasan sudah dikepung.

Serangan itu berlaku kurang daripada sebulan selepas dua letupan berlaku di stadium Pasukan Besiktas pada 10 Disember, mengorbankan 44 orang.

Militan Kurdish mengaku bertanggungjawab. – AFP

Tags: kelab malam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang Antara Ditahan Minum Arak Di Kelab Malam

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang Antara Ditahan Minum Arak Di Kelab Malam

16/10/2022
0

Georgetown : Bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang antara individu beragama Islam yang ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau...

Sarawak Akan Putuskan SOP Untuk Pub, Kelab Malam

15/05/2022
0

KUCHING - Sarawak akan memutuskan tidak lama lagi sama ada prosedur operasi standard (SOP) untuk pub dan kelab malam yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd