• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut Dalam Kejadian Bot Catamaran Karam

oleh Ahmad Albab
30/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dua lelaki dan seorang wanita maut dalam kejadian bot pelancong karam di perairan dekat Pulau Mengalum, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din malam ini.

Mereka adalah antara 25 orang yang dijumpai selepas kejadian bot pelancong jenis Catamaran, yang membawa tiga kru dan 28 pelancong China, karam dalam perjalanan dari Jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum semalam.

“Kira-kira 3.30 petang tadi, kami menerima maklumat bahawa dua mangsa telah ditemui di perairan dekat Samarang.

“Kira-kira 6 petang pula, kami mendapat satu lagi maklumat mengatakan 23 mangsa ditemui dekat Samarang tetapi tiga daripadanya mati manakala enam lagi masih dicari,” katanya pada sidang berita di sini.

Beliau berkata identiti mangsa belum dapat dikenal pasti berikutan masalah perhubungan dengan bot nelayan yang menjumpai mangsa itu.

Ramli berkata tiga mayat itu serta 20 lagi mangsa yang selamat dijangka tiba di Kota Kinabalu awal pagi esok dengan diiringi Pasukan Polis Marin.

Beliau berkata dua mangsa yang ditemui selamat sebelum ini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu petang tadi untuk diambil keterangan.

Mangsa itu dikenali sebagai Aman Abdul, 38, dan Sharezaa Salian Sali, 25, kedua-dua lelaki tempatan.

Menurutnya kejadian itu berlaku kira-kira 10 pagi, sejam selepas bot itu bertolak dari Jeti Tanjung Aru, berikutan cuaca buruk dan laut bergelora.

Polis sedang menyiasat jika terdapat faktor kecuaian dalam kejadian itu. – BERNAMA

Tags: botCatamaranPulau MengalumRamli Din
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramli Din Dilantik Pengarah JSJN Bukit Aman

07/02/2020
0

DATUK Ramli Din dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang baharu menggantikan Datuk Mohd Khalil Kader Mohd....

Juragan Asing Bawa Bot Tamat Tempoh Di Kudat Dicekup

04/12/2018
0

KUDAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat hari ini menahan seorang lelaki warga asing bersama sebuah bot nelayan dengan lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd