• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Juruteknik Didakwa Larikan Anak Pemilik Kilang Langsir

oleh AK-47
20/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua juruteknik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melarikan anak pemilik kilang langsir di Sungai Buloh, selain melanggar kereta mangsa dan mencampak wanita itu dari van, pada minggu lepas.

Chin Kit Loong, 27, dan Soan Chung Wei, 26, kedua-duanya dari Batu Caves, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Mereka didakwa bersama-sama melarikan Yap Kar Kee, 28, dengan niat menyebabkan wanita itu dikurung secara sulit dan salah selain menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa dengan mencampak wanita itu dari dalam sebuah van ke atas jalan raya.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Bagi Seksyen 365 membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda dan bagi Seksyen 325 membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Chin dan Soan juga didakwa sengaja melanggar kereta jenis BMW X1 yang dipandu oleh Yap, menyebabkan kerosakan bernilai kira-kira RM500.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan IGB International School, Jalan Sierramas Utama, Sierramas Sungai Buloh dan di selekoh berhampiran Depoh Simpanan Pertahanan Sungai Buloh, antara 6.30 dan 6.40 petang pada 10 Jan lepas.

Chin dan Soan juga mengaku tidak bersalah terhadap tiga lagi pertuduhan melanggar tiga kenderaan lain termasuk sebuah kereta dan lori, menyebabkan kerosakan kira-kira RM1,000, berhampiran Restoran Steak House Paya Jaras, Jala Sungai Buloh-Kuala Selangor, antara 6.45 dan 6.50 petang, pada hari yang sama.

Bagi kesalahan melanggar kenderaan, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Siti Shakirah membenarkan Chin dan Soan dibebaskan dengan jaminan RM14,000 setiap seorang bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 3 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan sementara Soan diwakili peguam Edmund Bon dan Chin tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: culikjuruteknik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd