• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Das Tembakan Dihala Ke Arah Rumah Kontraktor

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua individu yang menaiki sebuah motosikal melepaskan 14 das tembakan ke arah rumah seorang kontraktor di Jalan Munshi Abdullah di sini awal pagi tadi.

Berdasarkan kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah kontraktor itu, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dilihat berhenti di hadapan kediaman tersebut dan seorang daripadanya melepaskan tembakan dari luar pagar ke arah hadapan rumah berkenaan.

“Kedua-dua lelaki itu memakai topi kaledar menutup muka penuh dan dipercayai melepaskan tembakan untuk mengugut dan cuba menakutkan pemilik rumah itu,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid.

Beliau berkata kejadian itu hanya disedari kontraktor berusia 44 tahun tersebut pada pukul 6.30 pagi ketika dia hendak keluar untuk menghantar anaknya ke sekolah.

“Terdapat beberapa kesan tembakan pada dinding dan pintu hadapan rumah teres dua tingkat itu dan hasil pemeriksaan, polis menemui 14 kelongsong peluru di kawasan itu.

“Kontraktor itu memang dengar bunyi tembakan tetapi tidak menghiraukannya kerana menyangka ia bunyi mercun,” kata Mior Faridalatrash.

Sementara itu seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Liew, 48, berkata dia juga mendengar bunyi letupan tetapi menyangka ia bunyi mercun.

“Saya bangun dari tidur dan melihat ke luar rumah dari bilik tidur di tingkat atas, tetapi tidak nampak apa-apa. Waktu itu saya fikir ia mungkin budak-budak main mercun,” katanya.

Beliau hanya menyedari berlaku kes jenayah apabila melihat kehadiran ramai anggota polis.

“Ini kejadian pertama sejak saya tinggal di sini lebih 10 tahun lepas. Kami harap polis buat lebih kerap rondaan di kawasan ini yang merupakan jalan utama,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd