RAKAMAN video memaparkan seorang gadis selamba ceria membunuh enam ekor anak anjing kembali menjadi sensasi dan tular menerusi media sosial di seluruh dunia.
Insiden lama yang dipercayai pernah berlaku pada 2010 di Bosnia Herzegovina itu mendapat kecaman daripada netizen dunia terutamanya dalam kalangan aktivis pencinta haiwan.
Menerusi video tersebut, wanita yang cuma dikenali sebagai Katja Puschnik itu dengan selambanya mengambil anak-anak anjing di dalam baldi, kemudian melemparkan secara satu-satu ke dalam sungai.
Kesemua anak anjing yang difahamkan berusia tiga hari itu dikatakan mati dengan cara terseksa akibat lemas.
Pengguna Internet berang menyaksikan rakaman kejadian dan meminta wanita itu segera ditangkap bagi menerima hukuman yang setimpal.

Bagaimanapun, wanita itu tampil memohon maaf secara terbuka dengan menghasilkan video ucapan maafnya di Internet ekoran tindakan tidak berperikemanusuan itu.
“Nama saya Katja Puschnik dan saya ingin minta maaf atas tindakan saya. Anak anjing itu adalah kepunyaan nenek saya dan dia beritahu untuk bunuhnya disebabkan anak anjing itu sakit dan baru tiga hari dilahirkan.
“Anak anjing itu ada penyakit parasit berjangkit daripada ibunya. Saya tidak tahu cara lain jadi saya buat keputusan untuk bunuh secara tidak menyeksa dengan buang ke dalam sungai. Saya tidak mahu seksa mereka, saya minta maaf,’ katanya.
Katja dilaporkan telah ditangkap pihak berkuasa namun dibebaskan semula. Malah remaja itu tidak dikenakan hukuman kerana di bawah undang-undang Bosnia, wanita itu terlalu muda untuk dibicarakan dengan sebarang tuduhan.
Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA) menggangap undang-undang yang sedia ada di negara itu adalah berat sebelah dan tidak begitu mementingkan soal kemandirian haiwan. – MYNEWSHU.CC

