• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UTEM Lancar Tabung Kemanusiaan Rohingya

oleh Ahmad Albab
13/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Simpati dengan penderitaan yang ditanggung etnik Rohingya, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya bertujuan mengutip dana bagi membantu mereka.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib berkata sumbangan itu akan diserahkan kepada badan yang mengendalikan kutipan derma untuk dibawa ke Myanmar bagi membantu etnik Rohingya yang kini berdepan krisis kemanusiaan.

“Masyarakat Malaysia di negara ini tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang wajib menghulurkan bantuan kepada komuniti tersebut.

“Kutipan ini juga secara tidak langsung dapat memupuk sikap prihatin serta mendidik warga UTeM menjadi masyarakat yang peka dengan penderitaan orang lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shahrin, pada hari pertama dilancarkan iaitu pada 7 Dis lepas tabung tersebut berjaya mengutip sumbangan RM7,044.20 dan kutipan akan diteruskan sehingga hujung bulan ini.

Beliau berkata universiti itu mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk kekejaman dan penindasan terhadap etnik Rohingya serta menggesa agar perbuatan tidak berperikemanusiaan itu segera dihentikan. – BERNAMA

Tags: RohingyaUTeM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

03/12/2024
0

SEREMBAN - Seorang lelaki Rohingya bawah umur diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka oleh Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd