• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunang Maut Nahas, Coklat Dan Bunga Hadiah Terakhir

oleh
24/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Hasrat seorang pekerja kilang untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan depan tidak kesampaian apabila tunangnya maut dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres di Kilometer 137.3, Lebuh Raya Utara-Selatan di Pagoh arah ke utara awal pagi tadi.

Mohd Hanizan Othman, 30, berkata beliau dan tunangnya Nor Saidatul Akmal Idris, 21, merancang untuk berkahwin semasa cuti sambutan Tahun Baru Cina pada 29 Januari depan.

“Segala persiapan perkahwinan di pihak perempuan termasuk kad jemputan kahwin sudah siap dicetak, cuma tunggu untuk diedarkan sahaja.

“Perkahwinan di pihak saya pula dirancang pada Mac depan,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini hari ini.

Mohd Hanizan dari Pontian berkata beliau dan Nor Saidatul Akmal merupakan rakan sekerja di sebuah kilang elektronik di Senai di mana mereka mula berkenalan lebih setahun lepas.

Beliau berkata tunangnya yang berasal dari Kota Tinggi menaiki bas berkenaan bersama seorang rakan wanitanya untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Negeri Sembilan esok.

“Kali terakhir saya berkomunikasi dengan Nor Saidatul Akmal ialah kira-kira 7 malam tadi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Saya tidak menghantarnya ke Terminal Larkin Sentral kerana dia memberitahu akan menumpang kenderaan tunang rakannya,” katanya.

Mohd Hanizan berkata beliau mula berasa tidak sedap hati apabila Nor Saidatul Akmal tidak menjawab beberapa panggilan telefon dan SMS yang dihantarnya sejak malam tadi.

Beliau pada mulanya mendengar berita mengenai kemalangan bas berkenaan dari seorang rakannya pagi tadi.

“Saya membuat keputusan untuk pergi ke Negeri Sembilan. Saya kemudiannya menerima panggilan telefon dari abang Nor Saidatul Akmal mengenai nahas itu kira-kira 11 pagi tadi,” katanya.

Beliau berkata Nor Saidatul Akmal memberinya hadiah coklat dan bunga sempena sambutan hari jadinya pada 15 Disember lepas.

“Itulah hadiah terakhir yang saya terima daripadanya. Dia tidak pernah berbuat demikian sepanjang kami berkenalan,” katanya.

Sementara itu ibu Nor Saidatul Akmal, Laila Kasbi, 61, berkata kali terakhir beliau berhubung dengan anaknya ialah melalui WhatsApp yang anaknya memaklumkan bas yang dinaikinya akan lewat sampai di Johor Bahru.

“Dia pesan pada mak cik suruh mak cik tidur dahulu sebab bas yang dia akan naik sepatutnya sampai di Terminal Larkin Sentral pada tengah malam, namun bas itu lambat dan dijangka sampai dalam pukul 1 pagi.

“Subuh tadi saya buat beberapa kali panggilan kepadanya tetapi tidak berjawab. WhatsApp saya pun dia tidak balas. Saya mulai risau,” jelasnya.

Laila berkata beliau hanya mengetahui mengenai kemalangan itu melalui laporan berita di televisyen.

“Mak cik cuba buat panggilan pada rakannnya Nur Amira Izzaty Razip yang bersamanya tetapi dia juga gagal dihubungi,” katanya yang kemudiannya menerima berita kemalangan itu daripada pihak polis.

Nor Saidatul Akmal merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan tinggal di asrama kilang tempatnya bekerja sejak tiga bulan lepas, kata ibunya.

Nahas tersebut mengorbankan 14 orang termasuk pemandu bas sementara 16 lagi cedera.

Bas itu yang dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju Kuala Lumpur dilapor terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautNahas Bas Ekspres
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd