• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Masak Mengaku Tidak Bersalah Perdagang Wanita

oleh AK-47
06/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang tukang masak lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan memperdagangkan tujuh wanita untuk eksploitasi seksual antara Julai dan Ogos lepas.

Foong Kar Choon, 27, dituduh memperdagangkan tujuh wanita Thailand bagi maksud eksploitasi seksual bersama seorang lagi yang masih bebas antara 12 Julai hingga 15 Ogos lepas.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pusat terapi bekam di Lapangan Symphony Business Park di sini antara pukul 10 pagi hingga 2 pagi.

Tertuduh berhadapan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim S. Indra Nehru membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM70,000 bagi kesemua tujuh pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 23 Disember ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof, manakala tertuduh diwakili peguam Mahinderjit Singh. – BERNAMA

Tags: seksual
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sugarbook.com Perlu Disekat – MOSTI

15/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Laman web dan aplikasi, Sugarbook.com perlu disekat kerana dipercayai menjalankan aktiviti persundalan secara dalam talian, kata Timbalan...

Amang Seksual: Bapa 3 Anak Dijel 50 Tahun, 4 Sebatan

31/10/2018
0

MELAKA - Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd