• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuanku Abdul Halim Sentiasa Dalam Ingatan Rakyat

oleh Ahmad Albab
12/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempoh lima tahun pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah meninggalkan pelbagai memori kepada rakyat.

Sikap baginda berdua yang sentiasa prihatin membekaskan rasa sayang di hati rakyat pelbagai kaum di negara ini sehingga sanggup hadir di Jalan Parlimen bagi menzahirkan perasaan mereka.

Mereka sanggup datang seawal 7 pagi tadi untuk mengucapkan selamat jalan kepada pasangan diraja yang berangkat balik ke Kedah selepas menamatkan penggal pemerintahan hari ini.

Kakitangan kerajaan, Noor Azizan Abd Rahman, 57, menyifatkan Malaysia memiliki pemimpin berdedikasi dalam mengetuai tampuk pemerintahan negara.

Noor Azizan berkata baginda merupakan pemimpin berjiwa rakyat yang sentiasa berusaha memastikan institusi diraja memainkan peranan dalam membela nasib rakyat serta soal pembangunan negara.

“Saya masih ingat titah baginda sempena ulang tahun ke-88 keputeraannya di Istana Anak Bukit (Kedah) di mana antara intipatinya ialah menyeru anggota kerajaan (negeri) terus mencari jalan meringankan beban rakyat dengan peningkatan kos sara hidup.

“Secara peribadi, saya amat menyanjung tinggi keprihatinan baginda serta bangga kerana mempunyai seorang pemimpin yang cukup berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawabnya,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Seorang guru, R. Parameswary, 45, pula menyifatkan Tuanku Abdul Halim sebagai berilmu, lemah lembut, merendah diri, namun pada masa sama mengambil berat kebajikan rakyat.

“Seluruh negara menjadi saksi bagaimana baginda tanpa penat lelah memerintah negara dengan penuh gemilang disulami rasa sayang kepada rakyatnya,” katanya sambil mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda berdua.

Selain itu, pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choong Wen, Aily Cheong, 11, amat teruja dapat menjadi antara peserta yang terlibat dalam acara bersejarah seperti itu.

“Saya rasa sangat bertuah sebab buat pertama kalinya dapat bertemu dengan baginda dan sempat melambaikan tangan kepadanya,” katanya.

Tuanku Abdul Halim mencipta sejarah apabila menjadi sultan pertama yang memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali, iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 21 Sept 1970 sehingga 20 Sept 1975 dan kali kedua pada 13 Dis 2011 hingga 12 Dis ini.

Baginda akan digantikan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. – BERNAMA

Tags: Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Unan Rasa Bertuah, 2 Kali Rasai Kemeriahan

12/12/2016
0

ALOR SETAR - Bukan sehari dirinya menabur bakti di Istana Anak Bukit, malah usianya sudah melewati waktu bersara yang sepatutnya....

Tuanku Abdul Halim Tiba Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

12/12/2016
0

ALOR SETAR - Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah berangkat pulang ke Kedah sempena tamat tempoh lima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd