• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuanku Abdul Halim Berangkat Balik Ke Kedah Esok

oleh Ahmad Albab
11/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah akan berangkat balik ke Kedah esok selepas menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 selama lima tahun.

Keberangkatan balik baginda bersama-sama Tuanku Hajah Haminah dijadual berlangsung penuh istiadat diraja dengan bermula dari Istana Negara di sini pada 8 pagi.

Menurut buku atur cara istiadat itu, pasangan diraja berkenaan dijadual ke Dataran Parlimen di sini untuk istiadat rasmi perpisahan sebelum berangkat ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki pesawat pulang ke Kedah.

Tuanku Abdul Halim mencipta sejarah negara apabila menjadi raja pertama yang menyandang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Kali pertama adalah sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 21 Sept 1970 sehingga 20 Sept 1975 dan kali kedua dari 13 Dis 2011 sehingga 12 Dis 2016.

Baginda digantikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15. – BERNAMA

Tags: Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Unan Rasa Bertuah, 2 Kali Rasai Kemeriahan

12/12/2016
0

ALOR SETAR - Bukan sehari dirinya menabur bakti di Istana Anak Bukit, malah usianya sudah melewati waktu bersara yang sepatutnya....

Tuanku Abdul Halim Sentiasa Dalam Ingatan Rakyat

12/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Tempoh lima tahun pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd