• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Tawar Produk & Perkhidmatan Baharu Mulai 2017

oleh Ahmad Albab
08/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang menyedari perubahan tingkah laku pelanggan ke arah kesedaran alam sekitar dan penyambungan digital, akan menawarkan produk dan perkhidmatan baharu mulai 2017, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Ir. Azman Mohd.

Model perniagaan baharu diperlukan dan ini menjurus kepada usaha oleh TNB untuk mengenal pasti beberapa projek tertentu, daripada pengurusan tenaga sehinggalah kepada perkhidmatan utiliti bandar pintar bersama pelbagai agensi kerajaan dan entiti korporat, kata TNB dalam Laporan Tahunan 2016 utiliti itu.

Beliau juga berkata seiring dengan perubahan pesat serta keperluan pelanggan yang semakin kompleks, TNB kini beralih kepada pemahaman berteraskan nilai dalam pertumbuhannya untuk masa depan.

“Ini bermakna melihat pelanggan sebagai lebih daripada sekadar satu meter, serta memahami nilai dan keperluan melepasi penggunaan kWh,” katanya.

Azman berkata 2017 akan menandakan pelaksanaan fasa pertama kemudahan Infrastruktur Meter Canggih/meter pintar (AMI) syarikat itu di seluruh negara, dengan pemasangan 340,000 meter pintar di Melaka.

Beliau memberi contoh kejayaan projek perintis AMI, yang melibatkan pemasangan 1,000 meter pintar di Melaka dan Putrajaya, yang telah memberikan keyakinan kepada TNB untuk memulakan pelaksanaan fasa pertama projek itu.

Menurutnya pelanggan akan memperoleh manfaat daripada AMI kerana ia memberikan mereka maklumat masa sebenar mengenai penggunaan, yang menghasilkan bil yang mengikut masa selain kawalan yang lebih baik.

Selari dengan penambahbaikan dalam tahap kepuasan pelanggan, skor Indeks Indeks Kepuasan Pelanggan TNB terus meningkat kepada 8.1 dalam tahun kewangan 2016 berbanding 7.6 pada tahun kewangan 2014.

Peningkatan ketara juga dicatat dalam segmen perniagaan kepada perniagaan (B2B), membolehkan TNB menduduki ranking ketujuh dalam Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2016. – BERNAMA

Tags: TNB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

80% Graduan Politeknik Mendapat Pekerjaan

Next Post

Semenanjung Berisiko Rendah Terjejas Gempa Aceh

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

Next Post

Semenanjung Berisiko Rendah Terjejas Gempa Aceh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd