• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Nafi Seluruh Negara Bakal Bergelap Ahad Ini

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) hari ini menafikan satu posting yang viral di media sosial mendakwa bahawa seluruh negara akan bergelap pada Ahad ini.

Sehubungan itu, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB, Datuk Mohd Aminuddin Amin menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan di media sosial.

“Pengguna dinasihat agar tidak berkongsi posting tersebut kerana ia telah menyebabkan kekeliruan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut posting berkenaan, pada 18 Disember ini negara akan bergelap dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang.

Mohd Aminuddin juga meminta supaya orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai kerja-kerja berkala TNB supaya melayari laman sesawang syarikat itu.

“Pengguna boleh melayari laman sesawang kami di www.tnb.com.my ataupun menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami di laman Facebook TNB Careline atau di talian 1300885454,” katanya. – BERNAMA

Tags: Maklumat PalsuTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Siasat Tiga Individu Dipercayai Sebar Maklumat Palsu Kenaikan Tarif Elektrik

MCMC Siasat Tiga Individu Dipercayai Sebar Maklumat Palsu Kenaikan Tarif Elektrik

01/04/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap tiga individu yang disyaki menyebarkan maklumat berunsur palsu. Menurut...

Lelaki Sebar Dakwaan Pembunuhan Terancang Zara Qairina Ditahan

Lelaki Sebar Dakwaan Pembunuhan Terancang Zara Qairina Ditahan

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menyebarkan maklumat palsu menerusi video di TikTok yang mendakwa kematian Allahyarham Zara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd