• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Sazali Mahu Rujuk Kes Ke CAS Perkara Sia-Sia

oleh Ahmad Albab
29/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor menyifatkan tindakan Sazali Samad yang bercadang untuk merujuk kes doping beliau kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland satu perkara yang sia-sia.

Malek yang pernah memenangi beberapa kejuaraan bina badan sewaktu era 80-an menjelaskan, juara Mr Universe 10 kali itu perlu mempunyai bukti yang kukuh untuk menyokong kesnya selain perlu mengeluarkan perbelanjaan besar.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan jaguh bina badan negara itu supaya menerima keputusan Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) yang menolak rayuan kedua yang difailkan semalam.

Keputusan tersebut menyaksikan Sazali terpaksa menunggu sehingga 2019 sebelum kembali semula ke pentas antarabangsa.

“Jika benar dia (Sazali) ingin membawa perkara ini ke CAS, dia perlu membuat persiapan yang sangat rapi dari segi bukti yang boleh digunakan untuk membela dirinya nanti.

“Seharusnya kita perlu terima hukuman itu dengan hati yang terbuka namun saya tidak menyokong ataupun menghalang cadangan tersebut kerana jika dia (Sazali) mampu menyediakan bukti dan sanggup mengeluarkan duit yang banyak, apa salahnya mencuba,” tegas Malek.

Pada masa sama, beliau menasihatkan atlet muda khususnya dalam acara bina badan agar menjadikan kes Sazali sebagai satu pengajaran bahawa penggunaan bahan terlarang boleh menjejaskan karier mereka pada masa akan datang.

“Saya berpendapat bahawa keputusan PBBM itu ada baiknya untuk dijadikan sebagai pengajaran buat atlet muda yang lain,” kata Malek.

Untuk rekod, PBBM pada 31 Mac lalu menolak rayuan yang dikemukakan Sazali pada 9 Januari selepas digantung empat tahun oleh PBBM ekoran gagal dalam ujian doping kendalian Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) pada 1 Sept 2015.

Sazali gagal dalam ujian doping apabila bahan terlarang jenis steroid terkandung dalam sampel air kencingnya dalam ujian sebelum menyertai satu pertandingan antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Malek NoorSazali Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sazali Terpaksa Tunggu Sehingga 2019

28/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Jaguh bina badan negara, Sazali Samad terpaksa menunggu sehingga 2019 sebelum kembali semula ke pentas antarabangsa selepas...

Sazali Samad Rayu Ringankan Tempoh Penggantungan

06/12/2016
0

KUALA LUMPUR - "Beri saya peluang kedua...ringankanlah tempoh penggantungan saya," kata juara Mr Universe 10 kali, Sazali Samad. Setelah rayuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd