• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Bayaran Untuk Pembaharuan Kad ATM – BNM

oleh Ahmad Albab
19/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menyangkal laporan baru-baru ini yang mendakwa pemegang kad ATM dikenakan caj pembaharuan selain tidak boleh menggunakan kad sedia ada untuk pengeluaran tunai jika tidak digantikan dengan kad berasaskan PIN.

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata orang ramai boleh menukar kad ATM secara percuma.

“Kad ATM di Malaysia yang juga merupakan kad debit, membolehkan pemegang membuat belian di terminal semasa jualan (POS).

“Mereka yang belum menukar kad masing-masing boleh terus menggunakannya untuk pengeluaran tunai di ATM,” katanya.

Bagi penggunaan kad ATM sebagai kad debit untuk transaksi belian di terminal POS, bank dikehendaki memberikan notis yang mencukupi dan tempoh masa yang munasabah untuk penukaran kad sebelum menamatkan fungsi kad sedia ada.

BNM berkata bank-bank kini giat menggantikan kad pembayaran berasaskan tandatangan pelanggan kepada kad bersaskan PIN dan menyasarkan proses itu selesai menjelang 1 Januari, 2017.

Bermula 1 Julai, 2017, semua pembayaran transaksi kad menggunakan kad penbayaran keluaran tempatan di terminal POS di Malaysia hanya boleh dilakukan menggunakan PIN, dan pengesahan menggunakan tandatangan tidak lagi digunakan.

“Inisiatif memindahkan kad pembayaran berasaskan PIN bagi transaksi POS bertujuan meningkatkan keselamatan dan melindungi kepentingan pemegang kad.

“Untuk tujuan itu, orang ramai dinasihatkan segera menggantikan kad masing-masing,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNMKad Debit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd