• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahanan Dijumpai Tergantung Di Dalam Lokap Tahanan Reman

oleh Ahmad Albab
03/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga tempatan yang ditahan atas tuduhan membunuh dua beranak di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram pada 21 Sept lalu, dijumpai mati tergantung di dalam lokap Pusat Tahanan Reman Ulu Choh, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata R. Subramaniam ditemui tergantung di tingkap kecil bertinggian kira-kira tujuh kaki oleh Warden Penjara ketika membuat rondaan di Blok B pusat tahanan berkenaan kira-kira 3.06 pagi.

“Petugas itu dengan bantuan petugas lain segera membuka pintu sel berkenaan dan bertindak memotong kain yang digunakan untuk menggantung diri. Tahanan kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 29 Sept lepas, Subramaniam, 20, dan rakannya, L. Uvaneswaran, 20, kedua-duanya penganggur, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh M. Mariayee, 56, dan anak perempuannya, C. Durga Devi, 17, di No 51, Jalan Beladau 40, Taman Puteri Wangsa, antara 10 pagi dan 11 pagi, pada 21 Sept lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: bunuh diriTahanan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd