• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sering Lakukan Jenayah, Bapa Serik Ikat Jamin Anak

oleh Ahmad Albab
07/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Prosiding di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini kecoh apabila seorang lelaki di dalam kandang tertuduh menangis dan menjerit-jerit selepas bapanya menarik semula jaminan.

M. Henry Dass, 26, bukan sahaja menangis dengan kuat, malah sujud di bahagian tepi kandang berhampiran bapanya, V. Maria Dass, 55, yang berdiri bagi menjelaskan kepada mahkamah sebab beliau enggan membayar ikat jamin anaknya.

Kekecohan itu menyebabkan Hakim S. Indra Nehru menangguhkan seketika prosiding bagi memberi masa kepada tertuduh dan bapanya menyelesaikan masalah berkenaan.

Selepas prosiding bersambung semula, Henry Dass terus menangis dan merayu kepada bapanya agar membayar ikat jamin RM3,000 sehingga memaksa dia dibawa keluar dari mahkamah oleh polis bertugas.

Henry Dass didakwa melakukan rompakan berkumpulan di Buntong, di sini pada 8 Jun lalu kira-kira 12.30 tengah malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Hamizah Ghazali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Maria Dass ketika ditemui pemberita berkata beliau enggan mengikat jamin anaknya kerana dia tidak pernah insaf dan terus melakukan jenayah.

“Saya telah habis lebih RM20,000 untuk membayar denda bagi tiga atau empat kes yang dia lakukan dan semua duit itu saya terpaksa pinjam daripada orang lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes samunmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd