• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Muhammad V Berangkat Ke Kuala Lumpur

oleh Ahmad Albab
13/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Cuaca cerah mengiringi keberangkatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke ibu negara bagi menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Baginda yang dipilih oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243, Oktober lepas akan secara rasmi diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan di Istana Negara.

Terdahulu, istiadat keberangkatan Seri Paduka di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini bermula seawal 7.50 pagi dengan penuh adat istiadat.

Baginda yang mengenakan persalinan rasmi Sultan Kelantan turut memeriksa Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada tiga pegawai dan 104 anggota daripada Rejimen ke-5 Artileri Diraja Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, diketuai Mejar Mohd Saiful Azly, yang kemudiannya turut menyembah ‘Hormat Diraja’.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob antara dif-dif kehormat yang mengiringi Sultan Muhammad V ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini.

Doa selamat dibacakan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, disusuli Kawalan Kehormatan Utama menyembahkan Hormat Diraja buat kali kedua, sebelum baginda berangkat ke LTSIP.

Ribuan rakyat Kelantan berbilang kaum berbaris sambil mengibarkan bendera Kelantan dan Jalur Gemilang di sepanjang jalan antara Istana Negeri, Kubang Kerian dan LTSIP sejauh 14 kilometer bagi meraikan keberangkatan baginda.

Kenderaan yang membawa baginda ke LTSIP turut melalui Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Pekeliling dan Jalan Tok Guru dengan persembahan kebudayaan turut diadakan di 11 lokasi di sepanjang jalan berkenaan.

Sebaik tiba di LTSIP, Sultan Muhammad V sempat memohon restu daripada bonda baginda, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.

Baginda juga sempat bersalaman dengan dif-dif kehormat, pegawai tinggi kerajaan dan rakyat jelata yang menanti untuk mengucapkan selamat berangkat kepada baginda di lapangan terbang.

Lagu Raja Berangkat turut dimainkan oleh pasukan Gendang Besar Istana Kelantan sebelum pesawat yang membawa baginda berlepas ke ibu negara pada 9.12 pagi. – BERNAMA

Tags: Sultan Muhammad V
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rihana Oksana Dedah Wajah Tengku Ismail Leon

04/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi perkahwinan Rihana Oksana dengan Sultan Kelantan terus berpanjangan apabila bekas isteri Sultan Muhammad V mendedahkan wajah...

Oksana Fail Petisyen Tentukan Bapa Anaknya Di Mahkamah Rusia

11/10/2019
0

PETALING JAYA - Pertikaian mengenai bapa biologi anak lelaki Rihana Oksana Gorbaenko akan diputuskan oleh sebuah mahkamah di Moscow, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd