• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Spaso-Amri-Aguero Kombinasi Penyerang Berbisa MU

oleh Ahmad Albab
18/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Melaka United sedang membentuk tiga penyerang iaitu Ilija Spasojevic, Mohd Amri Yahyah dan Sergio Aguero sebagai jentera serangan berbisa mereka dalam kempen Liga Super musim depan.

Ketua jurulatih Melaka United, Eric Williams berkata beliau telah pun menggariskan perancangan untuk trio itu, berkisar mengenai serangan serta kedudukan nombor 10, dan akan melaksanakannya selepas mereka menjalani latihan bersama-sama.

“Apa yang saya harapkan ialah untuk membina kombinasi yang sempurna antara ketiga-tiga mereka dan saya juga amat berharap mereka boleh bermain dalam kedudukan yang berbeza. Saya juga sedang mencari pemain nombor 10 sebagai penyerang kedua.

“Tetapi pada masa ini, saya hanya mempunyai rancangan, mereka masih lagi belum bermain bersama-sama. Kita akan lihat bagaimana keadaannya,” katanya kepada pemberita malam tadi selepas tamat perlawanan persahabatan yang menyaksikan Melaka United menewaskan Felcra FC, 2-0.

Kapten Melaka United, Spasojevic atau lebih dikenali sebagai ‘Spaso’ dari Montenegro adalah penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 24 gol, membolehkan skuad Hang Tuah merangkul gelaran juara Liga Perdana 2016.

Mohd Amri yang juga Kapten Harimau Malaysia, yang sebelum ini mewakili Johor Darul Ta’zim merupakan pemain baharu skuad Sang Kancil begitu juga Aguero dari Argentina, yang sebelum ini bermain untuk Kelab FC Tatabanya, Hungary.

Spasojevic telah menjalani latihan dengan pasukan Hang Tuah, Mohd Amri akan melaporkan diri untuk sesi latihan pada Selasa manakala Aguero masih dalam kecederaan.

Ditanya tentang strateginya untuk pasukan itu, Williams berkata beliau akan menggunakan kaedah hantaran bola pendek dan ‘through pass’, berbanding hantaran bola tinggi yang sering dipraktikkan pemain negara dan kelab di Malaysia.

“Saya mahu mengubah gaya permainan mereka tetapi malangnya jika pemain gagal mengawal bola dan menempatkan diri mereka di kedudukan yang betul, strategi itu adalah sia-sia, kita perlu membina kekuatan pemain.

“Kami telah jalani latihan hantaran bola, gaya lolos dan menempatkan kedudukan (pemain)…saya mahu melihatnya di atas padang tetapi malam ini tidak banyak yang dapat saya lihat, mungkin tiga atau empat hantaran yang cantik dan kami kehilangan bola,” katanya.

Warga Inggeris yang juga pemegang pasport Australia itu, berkata kecergasan satu lagi aspek penting dan beliau sedang berusaha untuk memperbaikinya dan ia sangat-sangat diperlukan untuk sesuaikan dengan gaya permainan yang dirangkanya.

“Pemain tidak akan bermain melainkan jika mereka cergas, saya faham masih terlalu awal tetapi pemain tidak cukup cergas untuk bermain selama 30 minit apatah lagi 45 minit. Jika mereka tidak cukup cergas bagaimana mereka mahu mendapatkan bola. Jadi saya sedikit kecewa tetapi ia adalah sesuatu yang perlu kami atasi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata seperti kelab bola sepak lain di dunia, penyokong adalah aspek paling penting bagi sesebuah kelab bola sepak yang hebat dan beliau berharap penyokong Melaka United akan terus bersama-sama skuad itu semasa susah dan senang. – BERNAMA

Tags: Amri YahyahMelaka United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd