• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Pendaki Gunung Brik Ditemui Selamat

oleh Ahmad Albab
12/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAU – Kesemua 30 pendaki yang dilaporkan hilang di Gunung Brik, Kampung Tringus, Bau kira-kira 35km dari sini berjaya ditemui dan telah dibawa ke kaki gunung berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata hanya 30 pendaki, bukannya 33 seperti yang dilaporkan sebelum ini, terlibat dalam pendakian itu dan kesemuanya ditemui selamat tanpa sebarang kecederaan serius.

Menurut Nor Hisham, kumpulan itu terdiri daripada 17 perempuan dan 13 lelaki.

“Pendaki terbabit telah membuat keputusan bijak kerana tidak turun semalam berikutan arus sungai yang deras dan paras air sungai juga naik,” katanya.

33 Pendaki Sesat Di Gunung Brik, Operasi SAR Disegerakkan

Beliau yang turut berada di kem kawalan bomba di kaki Gunung Brik berkata kumpulan pertama seramai sembilan orang tiba di khemah itu pada pukul 2.45 petang manakala baki 21 orang tiba 15 minit kemudian.

Menurut Nor Hisham lagi, tiga anggota bomba bersama beberapa orang kampung yang naik menggunakan laluan turun, terserempak dengan kumpulan pendaki terbabit yang sedang menuruni gunung itu.

“Tiada kecederaan serius…hanya luka-luka kecil sahaja dialami pendaki,” katanya.

Kumpulan itu memulakan pendakian mereka pada Sabtu lalu dan dijangka kembali petang semalam tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana cuaca tidak mengizinkan.

Berikutan itu satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau pagi tadi. – BERNAMA

Tags: pendaki gunung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Pendaki Gunung Kinabalu Terjatuh Ketika Paragliding

30/11/2021
0

RANAU - Dua lelaki cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti paragliding di Gunung Kinabalu di sini pada Selasa. Dalam kejadian...

13 Pendaki Malaysia Dijangka Pulang Hari Ini

30/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Seramai 13 ahli kumpulan pendaki Langkawi Island Hikers, Majlis Bandaraya Alor Setar dan Grup Kapar yang terkesan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd