• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semenanjung Berisiko Rendah Terjejas Gempa Aceh

oleh Ahmad Albab
08/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kawasan Semenanjung Malaysia berisiko rendah untuk terjejas susulan kejadian gempa bumi di Aceh semalam, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail.

Beliau berkata sehingga kini tidak ada impak besar kepada negara ini selain dilaporkan berlaku gegaran lemah yang hanya dirasai di negeri di utara Semenanjung.

Katanya kajian Risiko Gempa Bumi yang dilakukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama universiti tempatan pada tahun 2009 juga menunjukkan Semenanjung Malaysia berisiko rendah menghadapi bencana alam itu.

“Jadi orang ramai tidak perlu bimbang dengan kejadian gempa bumi ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas gempa yang melanda daerah Pidiejaya, Aceh awal pagi semalam yang memakan korban puluhan orang.

Mengulas lanjut, beliau gempa bumi adalah perkara biasa di Indonesia terutama di Barat Sumatera disebabkan kedudukannya yang terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik.

“Sumatera kerap mengalami gempa bumi dari yang bermagnitud lemah hingga yang bermagnitud 9.0 seperti yang pernah berlaku pada tahun 2004,” katanya. – BERNAMA

Tags: AcehBanda Achehgempa bumi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TNB Tawar Produk & Perkhidmatan Baharu Mulai 2017

Next Post

Pekerja Asing: Myanmar Boikot Tak Jejaskan Malaysia

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

23/04/2025
1

ISTANBUL - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye pada Rabu dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul,...

Next Post

Pekerja Asing: Myanmar Boikot Tak Jejaskan Malaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd