• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rohingya: Cadangan Penting Dikemuka Kepada Myanmar

oleh Ahmad Albab
19/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik Rohingya, termasuk keperluan bagi ASEAN menubuhkan sebuah badan pakar bebas atau kumpulan tokoh terkemuka untuk menyiasat serta menentusahkan situasi di negeri Rakhine, Myanmar.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, ketika menggariskan cadangan itu untuk pertimbangan kerajaan Myanmar semasa Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Yangon pada Isnin, turut mencadangkan supaya ASEAN menyelaraskan bantuan kemanusiaan ke negeri Rakhine, seperti yang pernah dilakukan semasa tragedi taufan Nargis pada 2008.

“Saya percaya perkara paling mendesak sekarang adalah keadaan dari aspek kemanusiaan penduduk di kawasan terjejas.

“Seperti dalam kes lain, kami menggesa akses kemanusiaan tanpa halangan ke kawasan yang terjejas,” kata Anifah dalam intervensi beliau pada pemukiman itu, dan menambah, badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan Malaysia kini bersedia untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar.

Anifah berkata pertubuhan kemanusiaan antarabangsa seperti Persekutuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) juga perlu diberi akses penuh ke kawasan terjejas dalam usaha menilai keadaan di sana dan menyalurkan bantuan kemanusiaan yang diperlukan.

Mengenai cadangan penubuhan sebuah kumpulan pakar bebas atau kumpulan tokoh terkemuka, Anifah berkata cadangan itu bertujuan membantu ASEAN merumuskan penyelesaian jangka panjang dan berkekalan kepada situasi di utara Rakhine itu.

“Kumpulan bebas ini kemudian akan mengemukakan syor kepada kami berhubung langkah seterusnya yang perlu diambil. Saya percaya dalam mengekalkan semangat Pemusatan ASEAN dan kesepaduan, kita perlu menangani isu ini secara bersama,” katanya.

Mengambil maklum bahawa isu yang dihadapi Myanmar adalah sangat rumit dan sukar, kerajaan Malaysia sesungguhnya percaya bahawa Myanmar perlu mempertingkatkan usaha dalam menangani punca sebenar masalah itu, katanya.

Anifah berkata beliau percaya janji Aung San Suu Kyi untuk menangani punca sebenar yang memberi kesan kepada penduduk tempatan, iaitu kewarganegaraan dan status, dan menyediakan bantuan kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal sejak 2012, akan memberi kesan jangka panjang dalam meredakan ketegangan dan menggalakan penyelesaian yang realistik serta berkekalan.

Beliau turut berharap kerajaan Myanmar akan mempertimbangkan pelbagai cadangan yang dikemukakan oleh menteri-menteri luar ASEAN itu.

Malaysia, kata Anifah, akan terus menyuarakan kebimbangannya selain menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada Myanmar menerusi pelbagai platform, sama ada secara dua hala atau menerusi ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan platform lain yang berkaitan.

“Kami harap ulasan dan cadangan kami akan diberi perhatian serius oleh kerajaan Myanmar.

“Kita semua bersaudara dalam Komuniti ASEAN, yang mana kita menyatakan komitmen untuk merealisasikan matlamat ASEAN ke arah keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berkekalan, pertumbuhan ekonomi yang mapan dan perkongsian kemakmuran serta kemajuan sosial,” katanya.

Anifah berkata dalam usaha mententeramkan komuniti antarabangsa, kerajaan Myanmar boleh mengeluarkan pernyataan berhubung langkah seterusnya yang boleh diambil seperti yang dicadangkan negara anggota ASEAN.

Beliau berkata bagi melenyapkan dakwaan tentang ‘pembersihan etnik’ atau dalam sesetengah kes ‘pembunuhan beramai-ramai’, menjadi kewajipan kerajaan Myanmar untuk bersikap telus dan memberi maklumat yang tepat dan kena pada masanya di samping membenarkan akses ke kawasan yang terjejas.

Anifah turut memaklumkan pemukiman itu bahawa pada masa ini, Malaysia memberi perlindungan kepada kira-kira 56,000 etnik Rohingya lelaki, wanita dan kanak-kanak, yang kehilangan tempat tinggal selepas melarikan diri dari kawasan terjejas di negeri Rakhine.

Kerajaan Malaysia terpaksa menanggung beban kewangan yang sangat bsar dalam menyediakan perlindungan dan keperluan asas kepada kumpulan ini, dan sungguhpun Malaysia bukanlah pihak dalam Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1951 dan Protokol 1967, namun Malaysia memberi bantuan secara konsisten kepada etnik Rohingya atas dasar kemanusiaan dan penuh belas kasihan, katanya.

“Kerajaan Malaysia ditekan dengan hebat oleh rakyat kami yang amat bersimpati dengan nasib dan penderitaan etnik Rohingya,” katanya pada pemukiman itu.

Anifah berkata Malaysia bersetuju dengan cadangan bahawa Myanmar mesti mengorak langkah dalam membina keyakinan dan mententeramkan kalangan penduduk setempat, selain melindungi kesemua penduduk tanpa mengira kaum, kepercayaan agama atau status.

“Sungguhpun Myanmar mungkin tidak mengiktiraf Rohingya sebagai warganya, kita tidak harus lupa bahawa mereka juga mempunyai hak terhadap hak asasi manusia.

“Justeru, kami percaya bahawa hak asas awam, ekonomi, sosial dan budaya mesti diberi kepada kesemua penduduk yang tinggal di negeri Rakhine tanpa mengira etnik, bangsa atau agama mereka,” katanya.

Malaysia turut menggesa kerajaan Myanmar supaya mengambil semua langkah yang perlu untuk memulihkan kembali keamanan dan kestabilan di kawasan terjejas.

“Kami harap kerajaan Myanmar akan dapat mengendalikan keadaan itu dalam cara yang adil dan saksama, berlandaskan prinsip undang-undang dalam melindungi hak asasi manusia yang turut termaktub dalam Piagam ASEAN dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN,” katanya. – BERNAMA

Tags: MalaysiaMyanmarRakhineRohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd