• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM150 Juta Bina Program Ramalan Dan Amaran Banjir

oleh
18/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sebanyak RM150 juta diperuntukkan bagi membangunkan sistem Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dijangka siap pada penghujung tahun depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata sistem berkenaan mampu memberi ramalan antara tempoh dua hingga tujuh hari sebelum banjir berlaku di sesuatu kawasan.

“Sistem yang akan siap sepenuhnya pada penghujung 2017 ini akan memberi maklumat awal kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi berkenaan akan menyebar luas maklumat tersebut kepada agensi penyelamat yang lain sebagai persediaan menghadapi banjir.

“Sistem ini dibangunkan selepas Kelantan, Terengganu dan Pahang terjejas dengan banjir besar pada 2014 lalu,” katanya selepas menghadiri Program Kerjasama Strategik Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama Pemimpin Tempatan Persekutuan Kelantan di sini, hari ini.

Program yang dihadiri kira-kira 200 pemimpin tempatan itu turut disertai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata pihaknya juga akan memperluas PRAB ke Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang melibatkan kos tambahan sebanyak RM400 juta.

Beliau berkata PRAB akan dibina di negeri-negeri terbabit secara berperingkat selepas ia siap dilaksanakan di Kelantan, Terengganu dan Pahang terlebih dahulu.

Mengulas mengenai Pensijilan Kayu-Kayan Unit Pengurusan Hutan (FMU) Kelantan di bawah Malaysian Timber Certification Scheme (MCTS) yang ditarik balik pada 23 November kerana kawasan penubuhan ladang hutan tidak mematuhi Standard Malaysia Certificate and Indicator (Natural Forest), Wan Junaidi berkata ia akan memberi impak negatif terhadap kayu balak yang dikeluarkan oleh negeri ini.

“Jika tiada pensijilan ini, kayu balak yang dikeluarkan dari Kelantan tidak mempunyai nilai yang tinggi serta tidak akan diterima masuk ke negara-negara maju seperti Eropah, Australia, Amerika Syarikat dan Jepun, ia hanya akan berakhir di tapak-tapak pembinaan di Arab Saudi atau China sahaja.

“Dulu kita dah beri pensijilan tapi ditarik balik kerana kerajaan negeri tak kawal selia pembalakan dengan sebaik mungkin, namun jika mereka mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti pemotongan balak yang betul, kita akan beri balik sijil tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirPRABWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd