• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Kes Suami Isteri Kasari Anggota MBSA 20 Januari

oleh
20/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah menetapkan 20 Januari depan untuk perbicaraan rayuan kes pasangan suami isteri yang dihukum penjara 14 hari dan denda RM3,000 kerana mengasari seorang anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada bulan lepas.

Tarikh berkenaan ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Jackie Marry ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Prosiding rayuan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Wong Tek Meng.

Timbalan Pendakwa Raya Amira Haziqah Zulkifli ketika ditemui pemberita berkata tarikh yang ditetapkan itu merangkumi perbicaraan melibatkan rayuan yang difailkan oleh tertuduh Lor Ka Hoo, 35, dan isterinya, Tan Sit Fun, 30, serta rayuan silang oleh pihak pendakwaan.

“Pendakwaan telah memfailkan petisyen pada 15 Disember lepas bagi merayu supaya hukuman kedua-dua tertuduh ditingkatkan,” katanya.

Sementara itu, peguam Ethan W. H. Tan yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata pihaknya memfailkan petisyen rayuan itu hari ini.

Pada 25 November lepas, Mahkamah Majistret di sini menjatuhi hukuman penjara dan denda ke atas pasangan suami isteri berkenaan selepas mereka mengaku bersalah bersama-sama menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, dengan niat untuk menakutkan wanita itu daripada menjalankan kewajipannya sebagai penjawat awam yang sah di sisi undang-undang.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di parkir kereta awam di Jalan BRP 6/12 Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, kira-kira 10.30 pagi, 24 November lepas.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, mangsa bersama rakan setugas sedang mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang kemarahan kedua-dua tertuduh yang bertindak menarik baju serta menghalang mangsa daripada beredar.

Kejadian itu menjadi viral selepas rakaman video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan berkata Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap kes itu kerana berpandangan hukuman ke atas Lor dan Tan adalah terlampau ringan berbanding kesalahan yang dilakukan. – BERNAMA

Tags: Lor Ka HooMBSAPenguatkuasaTan Sit Fun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

MBSA Nafi Datuk Bandar Ditahan SPRM

MBSA Nafi Datuk Bandar Ditahan SPRM

30/09/2022
0

SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor ditahan oleh Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd