• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rapid KL Bakal Mencetuskan ‘Drama’ Sabtu Ini

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rapid KL bakal mencetuskan ‘drama’ melalui satu pergaduhan dalam tren selain beberapa penumpang akan dijadikan ‘tebusan’, di laluan Monorel, di sini, Sabtu ini.

Situasi tersebut akan menyaksikan suasana ‘huru-hara’ terutamanya selepas bekalan eletrik terputus, menyebabkan operasi tren ‘terhenti’ antara stesen Maharajalela dan Tun Sambanthan seterusnya mengundang ‘panik’ sekumpulan penumpang hingga mencetuskan pergaduhan.

Aksi pergaduhan itu juga menyebabkan ‘kecederaan’ kepada kapten tren dan penumpang lain.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata ‘drama’ itu adalah antara simulasi bagi beberapa siri Latihamal Pelan Respons Kecemasan (ERP), dikendalikan oleh Rapid KL dan agensi-agensi kecemasan.

Zohari berkata simulasi itu bertujuan menguji kefahaman dan kompetensi staf serta kakitangan terlibat dalam mengendalikan kecemasan dan suasana kecemasan, selain menguji keberkesanan perjalanan Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Semua tindakan dalam simulasi itu akan dilakukan mengikut SOP bagi memastikan urusan kerja-kerja ‘menyelamat’ dan ‘pemindahan’ para penumpang dilakukan dengan selamat dan pantas.

“Kita perlu memastikan SOP yang digunakan adalah terkini dan latihan ini juga penting bagi menguji dan memastikan semua peralatan berfungsi dengan baik serta sesuai digunakan ketika kecemasan,” katanya. – BERNAMA

Tags: MonorelRapid KL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

26/10/2025
0

Kuala Lumpur: Beberapa stesen Rapid KL ditutup sementara hari ini antara jam 4 hingga 6 petang atas faktor keselamatan sempena...

Banjir Kilat: 9 Hentian Bas Tak Dapat Dilalui Rapid KL

Banjir Kilat: 9 Hentian Bas Tak Dapat Dilalui Rapid KL

04/06/2023
0

SHAH ALAM : Sembilan perhentian bas tidak dapat dilalui susulan banjir kilat berlaku kawasan Setia City Mall pagi ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd