• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pyan’ Dan ‘Rambai’, Menjunjung Kasih Tuanku!

oleh Ahmad Albab
12/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Dua gajah,’Pyan’ dan ‘Rambai’, yang mengepalai perarakan Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini mencuri tumpuan orang ramai.

Siap dihias indah dengan kain berenda berwarna terang, kedua-dua haiwan itu berada pada barisan paling hadapan perarakan, masing-masing membawa pelakon daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang berpakaian seperti raja dan permaisuri.

Walaupun julung kali terlibat dalam acara seperti ini, apatah lagi yang membabitkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, kedua-dua gajah dari Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah itu, kelihatan gagah dan tenang menyusun langkah kemas mengikut rentak muzik tradisional.

Namun, di sebalik ketenangan tersebut, ramai yang tidak tahu bahawa Pyan dan Rambai telah mula berlatih untuk hari bersejarah itu sejak dua minggu lalu.

Ketua Unit Gajah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Jabatan Perhilitan, Nasharuddin Othman berkata pihaknya perlu memastikan Pyan dan Rambai mengikut arahan, selain selesa dengan persekitaran di hadapan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

“Gajah, seperti kebanyakan haiwan, mahukan persekitaran dan rutin yang mereka sudah biasa, jika tidak akan tertekan.

“Kita juga memastikan Pyan dan Rambai mendapat rehat dan makan yang secukupnya supaya perarakan berjalan lancar,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai langkah keselamatan, 13 pelatih gajah ditugaskan bagi menjaga haiwan itu sejak Khamis lalu termasuk ketika perarakan.

Katanya Pyan dan Rambai dipilih antara 27 gajah di pusat konservasi itu, kerana mudah mengikut arahan.

Penggunaan gajah sebagai tunggangan diraja, khususnya Raja-Raja Melayu, banyak dicatatkan dalam sejarah dan hikayat lama.

Kehadiran gajah dalam perarakan itu adalah bagi mengembalikan nostalgia kegemilangan kerajaan Melayu lama, di samping mendedahkan adat resam dahulu kala kepada masyarakat.

Kira-kira 200 orang termasuk daripada JKKN dan pelajar sekolah terlibat dalam persembahan perarakan mengiringi keberangkatan balik pasangan diraja itu yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang akan menggantikan baginda dijadual untuk melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, pada Selasa. – BERNAMA

Tags: gajahTuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

12/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gajah betina yang dilihat 'meratapi' kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Lebuh Raya Gerik-Jeli, semalam, sudah kembali...

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

04/07/2024
1

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd