• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-14: Gerakan Tak Bimbang Kerjasama Pembangkang

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata parti itu tidak bimbang dengan kerjasama politik antara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Menurut Mah, beliau tidak bimbang dengan kerjasama tersebut kerana yakin dengan kemampuan BN menghadapi pilihan raya itu.

“Kerajaan BN lebih fokus dengan keperluan rakyat dan permasalahan mereka. Pertandingan satu lawan satu adalah baik untuk BN kerana pembangkang masih tidak mempunyai hala tuju yang sama dan masing-masing masih dengan haluan sendiri dan polisi tersendiri,” katanya.

Katanya hala tuju dan pendirian pakatan tersebut masih mengelirukan rakyat, yang mana sebagai contoh mereka masih belum mencapai kata sepakat tentang bakal perdana menteri sekiranya membentuk kerajaan, ditambah lagi polisi pentadbiran yang lain.

Pada 13 Dis lalu, Pakatan dan PPBM memeterai perjanjian persefahaman kerjasama bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan ‘Penebat Bunyi Getah Mesra Alam’ di Subang jaya, dekat sini hari ini. – BERNAMA

Tags: GerakanMah Siew KeongPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

28/07/2024
1

Kota Bharu : PAS kecewa dengan pendirian dan kenyataan Gerakan yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah. IKUTI CHANNEL...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd