• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prestasi Ekonomi Dan Pasaran Dunia – Wahid Omar

oleh Ahmad Albab
24/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ASSALAMUALAIKUM wbt dan salam sejahtera rakan2 BN sekalian.

Semasa sesi taklimat media kelmarin, saya dan Dato’ Abdul Rahman Ahmad telah membentangkan prestasi ekonomi dan pasaran dunia & Negara serta mengumumkan antara lain pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) iaitu Dividen sebanyak 6.75 Sen seunit dan Bonus 0.50 Sen seunit.

Ini melibatkan bayaran sejumlah RM10.3 billion kepada 9 juta pemegang unit ASB.

Ada rakan2 yang mengucapkan terima kasih atas pengagihan yang kompetitif meskipun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu manakala ada juga yang bertanyakan kenapa ia lebih rendah berbanding tahun2 terdahulu. Izinkan saya memberi sedikit pencerahan:

1. PNB merupakan pengurus dana unit saham amanah terbesar di Malaysia dengan dana yang diuruskan berjumlah RM260 billion iaitu RM220 billion dana unit saham amanah dan RM40 billion dana PNB sendiri (proprietary fund). Daripada RM220 billion tersebut, ASB merupakan sekim unit saham amanah terbesar dengan jumlah unit sebanyak 144 billion.

2. 68.5% dari jumlah dana ASB tersebut dilaburkan dalam saham syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia (equities), 2.6% di dalam sekuriti hutang (fixed income instruments) dan 28.9% di dalam wang tunai (cash & cash equivalents). Pelaburan2 saham utama termasuklah Sime Darby, Maybank (yang memiliki Maybank Islamic, institusi perbankan Islam terbesar di Malaysia & antara yang terbesar di dunia), UMW, Tenaga Nasional, TM, Axiata, Maxis, Digi & Petronas Chemicals.

3. Ketidaktentuan ekonomi dunia dan penyederhanaan pertumbuhan ekonomi Negara serta penurunan harga minyak & komoditi telah menyebabkan pasaran saham mengalami pulangan (Total Shareholder Returns) yang negatif sejak 3 tahun kebelakangan ini. Untuk tahun 2016 terkini, indeks FBM KLCI telah mencatatkan penurunan 4.7% . Setelah mengambil kira pendapatan dari dividen, ianya masih memberikan pulangan negatif 1.7% . Kadar faedah semasa juga adalah rendah dengan KLIBOR pada tahap 3.3% setahun.

4. Dengan keadaan sedemikian, sudah tentunya pulangan pelaburan ASB menjadi lebih rendah berbanding tahun2 sebelumnya. Malah pulangan 6.75 Sen seunit atau 6.75% ditambah dengan bonus 0.5 Sen seunit boleh dikatakan amat kompetitif berbanding penanda aras prestasi pasaran saham yang negatif 1.7% dan kadar faedah KLIBOR 3.3% setahun.

5. Untuk memastikan PNB dapat terus memberikan pulangan yang kompetitif & mapan untuk tahun2 yang akan datang, kami akan berusaha melaksanakan pelan strategik PNB 2017-2022 yang telah diumumkan pada 24 November yang lalu. Antara lain, ia termasuk mengoptimumkan peruntukan aset strategik (optimise strategic asset allocation) dan meningkatkan prestasi syarikat2 milik PNB.

6. Saya berjanji akan memanfaatkan pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang korporat dan pentadbiran untuk PNB. Ini termasuklah pengalaman dalam menerajui 3 syarikat2 besar iaitu Kumpulan UEM, TM dan Maybank. Saya, Dato’ Rahman, barisan pengurusan dan seluruh warga PNB berjanji untuk membuat yang terbaik untuk PNB, para pelabur dan Negara, InsyaAllah. Kami amat berterima kasih atas segala sokongan yang telah diberikan kepada kami selama ini dan berharap akan mendapat sokongan yang berterusan daripada rakan2 semua.

7. Selamat menyambut tahun baru. Semoga 2017 merupakan tahun yang lebih baik dan lebih bermakna untuk kita semua.

Sekian, terima kasih dan salam hormat.
Abdul Wahid Omar,
23 Disember 2016

Tags: PNBWahid Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit

23/12/2021
0

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan...

Merdeka 118 Cecah Paras Tertinggi Pada Tingkat 118

08/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Subsidiari milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Merdeka Ventures meraih satu peristiwa penting selepas menara ikoniknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd