• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pos Malaysia Keluarkan Setem Khas Agong Ke-14

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan koleksi setem dan filateli khas Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Selasa depan (13 Dis).

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Diyana Lean Abdullah berkata siri setem khas itu dikeluarkan sebagai tanda penghormatan kepada Tuanku Abdul Halim yang akan menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 12 Dis ini.

Beliau berkata pengeluaran koleksi setem bertajuk ‘Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV’ bertujuan menonjolkan elemen menarik tentang Seri Paduka.

“Tuanku Abdul Halim adalah pemerintah pertama yang memegang jawatan itu sebanyak dua kali setelah berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1976 dan sekali lagi terpilih pada usia 83 tahun,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata siri setem khas itu dikeluarkan dalam tiga reka bentuk dan sebanyak 150,000 keping setem dicetak untuk setiap rekaan.

Diyana berkata koleksi setem itu akan menampilkan tiga rekaan iaitu ‘Agong sebagai Ketua Agama’ dijual pada harga 85 sen setiap satu, ‘Agong sebagai Ketua Tentera’ berharga 95 sen dan ‘Agong sebagai Ketua Negara’ berharga RM1.05.

“Setem ini dijual di seluruh negara. Ia mempunyai rekaan yang unik kerana menggunakan cetakan emas di bahagian tepi setem,” jelasnya.

Produk filateli lain seperti Sampul Surat Hari Pertama (FDC) tanpa setem termasuk risalah berharga 55 sen setiap satu dan folder akan dijual pada harga RM6.35 setiap satu.

Koleksi setem itu juga didatangkan dengan Lembaran Mini bernilai RM3 yang memaparkan imej Tuanku Abdul Halim memeriksa perbarisan kawalan kehormatanm manakala set lengkap, yang merangkumi siri setem dari semua produk filateli, boleh didapati dengan harga RM71.20 setiap satu.

Selain itu, Pos Malaysia Berhad akan melancarkan koleksi setem Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada Jumaat ini.

Diyana berkata koleksi setem yang bertajuk ‘100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia’ akan dijual di seluruh negara sempena ulang tahun ke-100 persatuan itu.

“Koleksi setem edisi istimewa ini mengandungi tiga reka bentuk yang menampilkan unsur penting persatuan seragam berkenaan. Hanya 150,000 setem akan dikeluarkan untuk setiap reka bentuk yang denominasinya adalah 85 sen setiap setem,” katanya.

Beliau berkata produk filateli lain seperti FDC tanpa setem termasuk risalah berharga 55 sen setiap satu dan folder akan dijual pada harga RM6.35 setiap satu.

Set lengkap yang merangkumi siri setem dari semua produk filateli boleh didapati dengan harga RM63.65 setiap satu. – BERNAMA

Tags: setemYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd