• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Dua Suspek Aktif Kes Samun

oleh AK-47
27/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis berjaya menahan dua suspek dipercayai terlibat dalam kes ragut dan samun bersenjata, di sebuah rumah di Taman Nusa Intan di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata dua wanita yang merupakan kekasih kepada suspek berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 22 dan 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 pagi dan dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya 10 jenayah samun di daerah ini dan Lembah Klang.

“Modus operandi suspek ialah dengan menaiki motosikal dan mencari mangsa yang boleh dijadikan sasaran. Suspek turut membawa senjata tajam untuk tujuan samun.

“Suspek kemudian akan mengambil barang-barang berharga mangsa dan terus melarikan diri. Bagaimanapun, tiada laporan suspek mencederakan mangsa setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah dan Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, di sini hari ini.

Thiew berkata semasa serbuan, polis turut merampas senjata seperti pedang, parang, pisau, gergaji, tukul besi dan peralatan pecah rumah yang digunakan suspek.

“Selain itu, hasil samun seperti telefon bimbit, komputer riba, jam tangan, televisyen, wang tunai RM4,500 dan lain-lain turut dirampas.

“Kita juga merampas sebuah motosikal yang digunakan suspek dan sebuah Toyota Estima dipercayai kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Hulu Langat, Selangor,” katanya.

Thiew berkata semasa serbuan dijalankan, pihak polis turut menjumpai sejumlah kecil dadah iaitu syabu, kanabis, dan pil eramin di rumah sewa yang didiami kesemua suspek dan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah.

Beliau berkata pihak polis sedang memburu seorang lagi suspek berusia 33 tahun.

Sementara itu, dalam majlis tersebut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Supt Sulizmie Affendy Sulaiman dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu bagi menggantikan Supt Abdul Rahim Daud yang dinaikkan pangkat ke Bahagian Urusetia Ketua Polis Negara (Persempadanan dan Penstrukturan Ibu Pejabat Polis dan Balai Polis) di Bukit Aman, berkuat kuasa 5 Jan tahun depan.

Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Seremban ASP A. Alagaesan pula dilantik memangku jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Seremban. – BERNAMA

Tags: ACP Thiew Hock Pohkes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd