• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Dua Beradik Kerana Mencuri

oleh AK-47
15/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan dua beradik lelaki yang menganggur kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes curi di sekitar bandar raya Ipoh, sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata suspek yang masing-masing berumur 28 dan 29 tahun ditahan ketika sedang tidur di rumah mereka di Kampung Pasir Putih kira-kira 11 pagi, Isnin lalu.

“Kedua-dua suspek itu tidak bekerja dan pendapatan mereka hasil daripada mencuri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Sum berkata kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam 20 kes kecurian di beberapa kawasan perumahan antaranya di Simpang Pulai, Pasir Putih dan Pasir Pinji.

Katanya modus operandi kedua-dua suspek adalah dengan melakukan rondaan menaiki motosikal di kawasan perumahan pada waktu siang dan jika berpeluang mereka akan mencuri barangan seperti bateri kereta, besi serta kasut.

Sum berkata ketika serbuan, pihak polis turut merampas sebuah motosikal Honda EX-5 berwarna biru milik bapa suspek yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah.

Katanya dua beradik itu kini direman sehingga 23 Dis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Selain itu, kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau didapati penagih dadah jenis heroin berikutan hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas mereka.

Sementara itu, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak berlangsung majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Perak antara Supt Wan Nornidawati Wan Abdul Ghani dan Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa, berkuat kuasa hari ini.

Wan Nornidawati yang sebelum ini menjawat jawatan pegawai Pematuhan Perjawatan StaRT Bukit Aman, menggantikan Mohamed Rafiq yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul.

Majlis serah terima tugas disaksikan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti negeri SAC T. Selven. – BERNAMA

Tags: ACP Sum Chang Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Malaysia: Polis Tahan 7 Penyokong Perak

17/10/2017
0

IPOH - Polis menahan tujuh lelaki berikutan insiden kekecohan selepas tamat separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak menentang...

Pekerja Premis Serbaneka Cedera Diserang Penyamun

13/10/2017
0

IPOH - Seorang pekerja kedai 24 jam mengalami kecederaan di kepala, tangan kiri dan luka di bahagian badan dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd