• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Hilir Perak Selesai Kes Samun Kedai Serbaneka

oleh
19/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Dua lelaki yang menyasarkan kedai serbaneka 7-Eleven di sekitar Teluk Intan untuk kegiatan samun pada pertengahan Ogos ini akhirnya diberkas oleh sepasukan polis di Langkap pada awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supt. Yahaya Hassan berkata bertindak atas risikan, kedua-dua suspek berusia 23 dan 26 tahun yang dikehendaki itu ditangkap di hadapan sebuah rumah di Taman Harumi, Langkap pada 2.30 pagi hari kejadian.

“Kita turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dipercayai digunakan sewaktu melakukan samun itu. Dengan penangkapan kedua-dua suspek itu, kita percaya berjaya menyelesaikan kes samun ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yahaya berkata kedua-dua suspek mempunyai 18 rekod jenayah lampau termasuk kes-kes dikehendaki dan yang telah dijatuhi hukuman.

“Dalam ujian saringan urin, kita mendapati kesemua suspek itu juga positif Tetra Hydro Cannabinol (ganja),” katanya.

Kedua-dua suspek ditahan reman mulai semalam dan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat jika disabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, Yahaya berkata 108 mat rempit berumur antara 16 dan 29 tahun dihukum menolak motosikal sejauh tiga kilometer ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Hilir Perak selepas ditahan dalam Ops Bersepadu di Padang Speedy semalam.

Katanya operasi yang disertai enam pegawai dan 21 anggota itu bertujuan mengekang lumba haram, terutama pada hujung minggu bermula 4 petang dan berakhir kira-kira tujuh jam kemudian, turut menahan 51 motosikal kerana didapati telah tamat cukai jalan dan insurans serta penunggang tanpa lesen.

“Kita mengeluarkan 140 saman atas pelbagai kesalahan dan 17 waran saman trafik berjaya diselesaikan.

“Malah daripada 33 mat rempit yang kita lakukan ujian saringan urin secara rambang, seorang didapati positif dadah jenis amphetamine dan kini direman,” katanya. – BERNAMA

Tags: 7-Elevenkedai serbanekakes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd