• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM India Yakin M’sia Mampu Capai Status Negara Maju

oleh AK-47
14/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri India Narendra Modi berkata rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah mengemudi Malaysia dengan baik ke arah mencapai status negara maju.

Katanya, di bawah kepimpinan Najib, Malaysia mempamerkan kebingkasannya dalam menangani cabaran ekonomi global.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib, Malaysia menuju ke arah matlamatnya untuk mencapai status negara maju menjelang 2020,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Pemimpin Perniagaan Asia melalui sidang video di sini hari ini.

Modi berkata hakikat bahawa Malaysia menjadi hos acara itu menjadi bukti tentang betapa pentingnya kedudukan negara Asia Tenggara dengan penduduk lebih 30 juta orang ini sebagai destinasi komersial dan perniagaan terpilih.

Najib menghadiri perhimpunan itu di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Modi juga menyambut baik hubungan yang terjalin sejak sekian lama antara New Delhi dan Kuala Lumpur, yang menurutnya, memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Hubungan rapat dengan Malaysia ini sangat penting bagi kejayaan Dasar Pandang Ke Timur kami,” katanya, merujuk kepada langkah India menjadikan hubungannya dengan jirannya di Asia Timur sebagai keutamaan dalam dasar luar negara itu.

Pemimpin India itu juga menyentuh tentang Torana Gate di ‘Little India’, Brickfields di sini yang menjadi simbol persahabatan antara Malaysia dan India.

Modi memberitahu perhimpunan itu bahawa ‘hubungan abadi’ antara kedua-dua negara itu diperkukuhkan lagi dengan kehadiran anggota masyarakat India Malaysia yang besar jumlahnya.

Perhimpunan dua hari yang julung kali diadakan itu menjadi platform terbesar bagi para pemimpin dan birokrat Asia untuk berkumpul dan mengadakan perbicangan tentang Asia sebagai hab perniagaan serta peranan pemimpin perniagaan yang sedang muncul. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: pm
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

8 Pasukan Sertai Kejohanan Ragbi Wanita Jemputan IPT

Next Post

PM Lancar MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang Fasa 1 Esok

Related Posts

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Sehingga Jejas Rakyat – PM

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Sehingga Jejas Rakyat – PM

27/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan tidak akan membenarkan kenaikan tarif elektrik yang boleh menjejaskan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai – PM

Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai – PM

27/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi...

Next Post

PM Lancar MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang Fasa 1 Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd