• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persembahan Singa Sarkas Bawa Maut

oleh Ahmad Albab
02/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Seorang pelatih sarkas di Mesir maut selepas diserang singa jagaannya sendiri ketika mangsa mengadakan pertunjukan secara langsung di dalam gelanggang.

Islam Shaheen, 35, dirakam pada mulanya mengacukan kayu ketika persembahan membabitkan dua ekor singa di Iskandariah, utara Mesir.

Namun tiba-tiba seekor singa ketiga muncul dan menerkamnya sebelum menggigit tengkuknya menyebabkan kanak-kanak yang menyaksikan kejadian itu menjerit ketakutan.

Pelatih lain bergegas masuk untuk membantu Islam yang sudah terbaring berdarah di atas lantai dan berjaya menghalau singa berkenaan menggunakan kayu.

Islam kemudian dikejarkan ke Hospital Andalusian Salam tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya.

Menurut abangnya, Islam menjadi pelatih di sarkas itu sejak 10 tahun lalu, dan kejadian berkenaan dipercayai berlaku kerana singa yang menyerangnya masih baru diperoleh dari Afrika Selatan, lapor akhbar Al-Arabiya.

Sementara itu, jurucakap sarkas, Mohammed Mustafa berkata, kejadian berlaku disebabkan singa berkenaan lebih agresif kerana musim mengawan.

Disebabkan itu, katanya, singa itu sudah diasingkan dan tidak akan melakukan sebarang persembahan sehingga selesai diperiksa doktor haiwan.

Tahun lalu, seorang pelatih singa wanita Mesir cedera diserang singa jagaannya ketika melakukan persembahan.

Faten El-Helw bagaimanapun terselamat dan mengalami kecederaan pada bahunya selain retak tulang pinggul. – Agensi/myMetro Online

Tags: Mesirsinga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

27/08/2025
0

ISKANDARIAH: Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd