• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Bola Sepak Diharap Cari Jalan Atasi Masalah

oleh Ahmad Albab
22/12/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap persatuan bola sepak negeri-negeri mencari jalan mengatasi masalah kewangan yang mereka hadapi.

Perdana menteri bimbang bila mendapat tahu persatuan-persatuan itu termasuk Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mahu menarik diri daripada Liga Malaysia 2017 kerana masalah kewangan.

“Saya harap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan juga negeri-negeri lain yang terbabit mencari jalan mengatasi masalah kewangan ini,” katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitternya hari ini.

Beliau berkata bola sepak adalah sukan rakyat nombor 1 dalam negara, maka penting untuk semua yang terlibat dengan bola sepak negara, memastikan sukan ini terus berkembang maju.

“Kita tidak boleh menghampakan berjuta peminat bola sepak negara ini terutamanya generasi muda.

“Insya-Allah, dengan adanya persepakatan yang baik serta keikhlasan semua pihak, kita akan dapat mencari jalan keluar daripada masalah ini,” kata Najib.

Mengenai KAFA, perdana menteri berkata beliau difahamkan masalah timbul berikutan peletakan jawatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden bulan lepas.

Najib telah meminta Annuar membantu persatuan itu agar tidak menghampakan harapan ribuan peminat The Red Warriors.

Pada 16 Disember lepas, dilaporkan KAFA berhasrat menarik diri kerana tidak mampu menyediakan dana yang mencukupi untuk pengurusan skuad Kelantan dalam menghadapi saingan Liga-M musim 2017.

Selain kemelut penajaan, KAFA juga menghadapi masalah ketiadaan presiden baharu bagi menggantikan Annuar.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Selangor turut mengancam untuk mengambil tindakan serupa kerana gagal mencari dana bagi menampung perbelanjaan pasukan Red Giants. Perlis juga telah menyatakan hasrat menarik diri. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakpemain bola sepak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bank Pusat Indonesia Cadang Singkir 3 Sifar Dalam Rupiah

Next Post

Petronas Kurangkan Minyak Mentah Tahun Depan

Related Posts

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

16/08/2024
0

Seorang pemain bola sepak amatur yang gambarnya membawa kerambit tular di media sosial, dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di...

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Suspek Kes Baling Bom Petrol

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Suspek Kes Baling Bom Petrol

15/08/2024
0

PUTRAJAYA - Pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana membawa kerambit adalah suspek kes membaling bom petrol di sebuah pusat...

Next Post

Petronas Kurangkan Minyak Mentah Tahun Depan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd