• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjanjian Projek HSR Akan Dimeterai Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perkembangan projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sebagai berjalan ‘lancar dan baik’.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Singapura telah meminta sedikit masa kerana negara itu memerlukan kelulusan daripada presidennya.

“Perdana Menteri, Lee Hsien Loong telah menghubungi saya dan meminta sedikit masa bagi memberi taklimat kepada presiden mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia di Educity di sini, hari ini.

Najib berkata, mengikut Perlembagaan Singapura, jaminan projek seumpama itu memerlukan kelulusan presiden.

“Saya berpendapat, kita akan menandatangani perjanjian itu minggu depan. Beliau (Lee) akan datang ke Kuala Lumpur,” tambahnya.

Kedua-dua negara sudah membincangkan perjanjian itu lebih setahun.

Baru-baru ini Najib berkata, Malaysia dan Singapura berada di landasan untuk menandatangani perjanjian projek HSR pada awal Disember dan tender antarabangsa bagi membekalkan kereta api akan dibuat pada suku keempat tahun depan.

Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian HSR bersejarah itu pada 19 Julai 2016, menandakan dalam tempoh 10 tahun akan datang, pelancong akan sampai ke destinasi akhir antara kedua-dua bandar raya dalam hanya 90 minit.

Laluan itu dijangka mempunyai lapan stesen, iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura. – BERNAMA

Tags: HSRNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

07/01/2025
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan membabitkan projek mega terpaksa ditangguhkan pada masa ini kerana perlu menyelesaikan...

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

23/11/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Johor mahu pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura disegerakan bagi memastikan ekonomi negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd