• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Menang Pavilion Terbaik MAHA 2016

oleh Ahmad Albab
12/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pavilion Perak diumumkan sebagai pemenang pavilion negeri terbaik sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016, hari ini.

Sekretariat MAHA, dalam kenyataan, berkata pavilion tersebut mudah dilihat dari jauh dengan daya tarikan dinding berwarna kuning yang menerapkan elemen tradisional Melayu negeri Perak serta penggunaan bumbung lima, bumbung limas, tunjuk langit dan papan cantik (fascia board).

Selain itu, pavilion tersebut dihiasi dengan anyaman dinding tepas, ukiran di atas jenang tingkap bermotif bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.

Di samping itu, pintu masuk ke Pavilion Perak ini turut menerapkan penggunaan gegunung yang menyerlahkan keunikan seni bina pavilion tersebut.

Timbalan exco pertanian negeri, Datuk Dr Zabri Abd Wahid menerima hadiah RM5,000 dan sijil daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sesi tinjauan mesra timbalan perdana menteri itu pada acara dwitahunan itu.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pavilion negeri Terengganu meraih tempat kedua yang menawarkan hadiah RM3,000 dan sijil manakala tempat ketiga dengan hadiah RM2,000 serta sijil dimenangi oleh pavilion negeri Kelantan.

Kenyataan itu menyebut Pavilion Perak dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Rabu lepas, sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi mempromosikan Tahun Melawat Perak 2017 dan memperkenalkan produk-produk usahawan dari negeri itu.

Pavilion ini menampilkan dua ruang pameran, sebuah Perak Cafe, ruang jualan buah-buahan, pentas kebudayaan, sudut demonstrasi dan kemudahan bilik rehat.

Pavilion Perak, yang mula dibina pada 11 Mac 2014 dan telah siap sepenuhnya pada 19 Nov 2014, turut memenangi tempatan kedua pada MAHA 2014.

MAHA 2016 dengan tema ‘Makanan Kita, Masa depan Kita’ diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sejak 1 Dis lepas dan berakhir hari ini. – BERNAMA

Tags: MAHA 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAHA 2016 Beri Nafas Baharu Bidang Pertanian Negara

16/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016, yang berakhir Ahad lepas, dilihat berjaya membuka...

Masa Depan MAEPS Sebagai Taman Tema Keluarga

11/12/2016
0

SERDANG - Sebuah jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi melihat potensi dan kewajaran Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dijadikan taman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd