• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyangak Umrah: Jalan Mudah Jadi Jutawan

oleh Ahmad Albab
01/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA pakej umrah diniagakan untuk jadi kaya raya bukan isu baharu. Tiap kali umat Islam berfikir mengenai Tanah Suci dan hajat menunaikan Umrah – penyangak pun berfikir hal yang sama. Mereka terbayangkan Kaabah dan hati pun menjerit: “Wang! Wang! Wang! Ayuh Jual Makkah!”

Berita bakal jemaah umrah ditipu dan diperkena hidup-hidup oleh agen umrah bukan isu baharu. Ratusan jemaah ditipu tiap tahun. Termasuk yang diam dan meredhakan saja syaitan yang menipu mereka – jumlah sebenar beribu-ribu orang banyaknya.

Ini kejahatan tahap syaitan. Penipuan pakej umrah membiar bersama tumbuhnya syarikat agensi umrah yang bercambah macam rebakan kanser. Justeru, penyangak pun turut berniaga dalam pakej umrah. Itu belum lagi agen yang bersepah macam sampah.

Semakin tinggi kesedaran umat Islam untuk menunaikan umrah – semakin bertambah jumlah syaitan yang menjual Makkah.

Kes di Terengganu paling klasik. 4,800 bakal jemaah umrah ditipu. Tempoh penipuan hanya dalam 48 bulan. Cara menipu pula: Bakal jemaah bayar separuh, penaja tanggung separuh. Orang pun suka, ke Makkah ditaja!

Jumlah RM14.2 juta wang yang ditipu satu bukti: Menyangak melalui pakej umrah satu kerja mewah!

Pada masa ini, kisah diskaun umrah lagi banyak dari kisah diskaun pasaraya. Orang jadi histeria tiap kali dengar kisah pakej umrah murah.

Kesedaran agama yang tinggi serta kerinduan terhadap Makkah membuatkan umat Islam jadi tidak keruan apabila mendengar adanya pakej umrah murah. Sampai sekarang pun, selepas berita skandal penipuan pakej umrah terbesar di Besut didedahkan – percayalah, ia takkan melunturkan semangat orang kita nak ke Makkah secara mudah dan murah.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman, kes penipuan pakej umrah di Terengganu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Hasil serbuan di premis yang terletak di Besut itu juga kita turut merampas beberapa barang kes termasuk 18 pasport, komputer riba, dua unit telefon bimbit dan beberapa dokumen.

“Hasil pemeriksaan di dalam satu akaun milik anak syarikat itu pihak polis mengesan terdapat kemasukan wang sebanyak RM14.2 juta ke dalam akaun tersebut,” katanya dalam satu sidang media.

Sebenarnya sukar untuk kita kenal pasti siapa penyangak dalam urusan umrah. Agensi muncul dengan wajah para ustaz, artis malah tokoh agama. Ini modus operandi (MO) yang efisien untuk menipu bakal jemaah. Umrah akan lebih glamor kalau bersama artis dan agamawan terkenal.

Manakala MO kedua ialah pakej murah: “Kita dipilih Allah dengan ada yang membantu jalan ke Makkah.” Ini dialog klise dalam menipu bakal jemaah.

Hati-hati. Nampaknya: Syaitan mengubah arah. Perniagaan terbaik sekarang ialah menjual Makkah!

Kepada bakal jemaah, sila berhati-hati. Fakta membuktikan: Banyak syaitan bertopengkan pakej umrah murah ke Makkah! – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes tipuMakkahumrah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bas Ekspres Boleh Asingkan Penumpang Ikut Jantina

Next Post

Mahkamah: 2 Didakwa Culik Ahli Perniagaan Tuntut Tebusan RM19j

Related Posts

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

31/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) masih belum menerima laporan rasmi mengenai beberapa rakyat Malaysia yang terkandas...

Next Post

Mahkamah: 2 Didakwa Culik Ahli Perniagaan Tuntut Tebusan RM19j

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd