• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penyamun Parah Dilanggar Mangsa Di Lampu Isyarat

oleh AK-47
29/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Cubaan dua penjenayah menyamun seorang wanita gagal apabila dilanggar hingga cedera parah di persimpangan lampu isyarat berhampiran Evolve Mall, Ara Damansara, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang menaiki kereta jenis Volkswagen Beetle secara bersendirian berhnti di persimpangan lampu isyarat sebelum sebuah motosikal Kawasaki Ninja yang dinaiki dua lelaki berhenti di sebelah kiri kenderaannya.

Ketika menunggu lampu isyarat bertukar warna, salah seorang suspek memecahkan cermin tingkap pada bahagian tempat duduk penumpang dan mengambil beg komputer riba mangsa sebelum melarikan diri.

Tidak mendiamkan diri, mangsa mengejar dan melanggar motosikal suspek menyebabkan kedua-dua penjenayah terjatuh dan cedera.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kejadian tersebut disedari seorang pengawal keselamatan yang berada berdekatan dengan insiden tersebut dan terdengar bunyi dentuman kuat.

“Pengawal mendengar wanita tersebut menjerit ‘perompak’ sebanyak tiga kali dan bergegas ke tempat kejadian.

“Saksi melihat dua lelaki terjatuh daripada motosikal dan seorang daripadanya cuba melarikan diri ke arah sebuah kantin di tapak pembinaan berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kedua-dua suspek berjaya ditangkap oleh pengawal keselamatan sebelum kejadian itu dilaporkan kepada polis.

“Kedua-dua suspek yang cedera parah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan, manakala mangsa tidak cedera,” katanya.

Mohd Zani berkata, kedua-dua suspek yang berusia 26 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. –MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan.

Tags: cederadilanggarkes samunlampu isyaratMangsa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang cedera ketika latihan persembahan payung terjun di Melaka mengalami retakan hals pada tulang leher dan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd