• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Didenda RM1,200 Jual Cecair Vape Beracun

oleh Ahmad Albab
09/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang peniaga didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini setelah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu menjual dan memiliki cecair vape mengandungi racun nikotin pada November tahun lepas.

Majistret Siti Hanum Mohmad Sah memerintahkan Meor Sukri Meor Osman, 39, menjalani hukuman penjara tujuh hari jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda tersebut.

Dia didakwa menjual sebotol cecair dan memiliki 14 botol cecair vape pelbagai perisa tanpa lesen di bawah Akta Racun 1952 di Meru Impiana Enterprise di No. 9A, Jalan Ampang Baru 6C, Pusat Perdagangan Ampang Baru di sini, antara 3 petang dan 3.20 petang, 5 Nov 2015.

Bagi pertuduhan menjual cecair vape beracun, Meor Sukri didakwa mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta sama yang boleh dipenjara maksimum setahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan memiliki pula, dia didakwa mengikut Seksyen 13 (b) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta sama yang boleh dipenjara maksimum setahun atau didenda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Perak Mohd Faiz Abdullah Sahimi, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Halim. – BERNAMA

Tags: peniagavape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd