• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Sedia Galas Tanggungjawab Gerak TN50

oleh AK-47
01/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO bersedia menggalas tugas dan memikul amanah dalam menggerakkan wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) fasa awal dalam kalangan orang muda.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata meskipun tanggungjawab itu merupakan tugas berat yang diberikan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga perdana menteri kepada beliau dan Pemuda UMNO, ia akan dilaksanakan sebaiknya.

“Terima kasih kepada presiden kerana menyebut peranan Pemuda dan peranan saya dalam ucapan beliau… kali pertama disebut dalam ucapan dasar.

“Saya sangat-sangat terharu dengan amanah yang diserahkan kepada saya. Ini adalah satu tanggungjawab yang sangat-sangat berat sebab ia soal masa depan negara dan saya janji dengan perdana menteri akan menggalas tugas dan pikul amanah itu dengan segala kemampuan yang ada pada saya,” katanya.

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kelab UMNO Luar Negara bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini,hari ini.

TN50 yang digagaskan Najib merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

Gerakan untuk mendapat input generasi muda pelbagai bangsa akan dilakukan melalui wacana-wacana nasional seperti yang diputuskan oleh Kabinet dan akan dikendalikan Kementerian Belia dan Sukan.

Mengulas pertemuan beliau dengan anggota kelab itu, Khairy berkata ia antara lain membincangkan peranan serta penglibatan anggota kelab berkenaan dalam TN50.

Ditanya mengenai ucapan dasar presiden UMNO, Khairy berpendapat ia merupakan satu suntikan semangat kepada anggota parti menjurus kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang semakin hampir.

“Ucapan presiden memberi satu rangsangan luar biasa kepada ahli parti berbanding tahun lepas di mana kita berdepan keadaan ‘ada gunting dalam lipatan’. Tetapi hari ini, saya yakin 100 peratus perwakilan dan ahli parti bersama presiden.

“Kita tidak lagi (boleh dikatakan) diganggu dan dibelenggu masalah dalaman. Kita sekarang parti yang bersatu, ada perpaduan, kesepaduan erat dan sedia menggalas tanggungjawab membantu presiden menghadapi PRU akan datang,” katanya.

Menyentuh prinsip wala’ dan kesetiaan yang ditekankan Najib, Khairy berkata ia bukan sahaja perlu dipupuk dalam sayap Pemuda sebaliknya perlu ditanam dalam seluruh institusi UMNO di semua peringkat. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinPemuda UMNOTN50
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

India Wajib Lagu Kebangsaan Sebelum Pawagam Siar Filem

Next Post

Kami Pastikan Produk Islami Bangkit Bersama MAHA 2016!

Related Posts

Pemuda UMNO Gesa Negara Islam Dunia Kutuk Serangan Israel

Pemuda UMNO Gesa Negara Islam Dunia Kutuk Serangan Israel

06/04/2023
0

JOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda UMNO menggesa negara gergasi dunia, khususnya negara Islam, yang kononnya menjuarai hak asasi manusia untuk bertindak...

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

25/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Tiada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan petang atau malam ini yang dilaporkan bagi membincangkan status keahlian...

Next Post

Kami Pastikan Produk Islami Bangkit Bersama MAHA 2016!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd