• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panik Lihat Polis, Penyamun ‘Melepas’ RM185,000

oleh AK-47
03/12/2016
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

CUBAAN sekumpulan penjenayah menyamun wanita warga emas gagal selepas panik kemunculan kereta unit peronda polis (MPV) di hadapan sebuah stesen minyak di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi itu, wanita berusia 62 tahun mendakwa diekori lima lelaki yang menaiki dua kereta dan sebuah pacuan empat roda selepas keluar dari sebuah bank berdekatan dan memintasnya.

Panik Lihat Polis, Penyamun 'Melepas' RM185,000

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa yang juga pemilik sebuah syarikat khidmat pembersihan itu baru sahaja mengeluarkan wang tunai RM185,000 bagi membayar gaji pekerjanya.

Menurutnya, suspek dipercayai terdiri daripada lima lelaki dan menyerang mangsa menggunakan parang sebelum melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota MPV yang sedang melakukan rondaan.

“Sebuah kereta peronda MPV Kajang yang menjalankan rondaan melihat keadaan mencurigakan di tempat kejadian, tetapi tidak sempat berbuat apa-apa, sebelum suspek melarikan diri.

Panik Lihat Polis, Penyamun 'Melepas' RM185,000

“Siasatan awal mendapati dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan Proton Pesona yang digunakan suspek dilaporkan hilang di Kajang dan Seremban manakala sebuah lagi kenderaan dilarikan suspek.

“Suspek melarikan diri sebelum sempat melarikan wang milik mangsa,” katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana menyamun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bangikes samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd