• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Tunjuk Sikap Sebenar Mereka Hadapi PRU – PAS

oleh Ahmad Albab
28/12/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasrat Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding 40 kerusi tradisi milik PKR dan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang menunjukkan sikap sebenar mereka, kata PAS.

“Mereka (PAN), tetap mahu curi kerusi walaupun daripada sekutu mereka, PKR,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad pada sidang media di sini, Rabu.

Pada Selasa, Ketua Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata parti itu sedang mengintai kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh PKR dan PAS.

Bagaimanapun, parti itu bersedia untuk membenarkan PAS mengetuai kempen di Kelantan dan Terengganu jika mereka kembali ke pangkuan gabungan parti pembangkang.

Tetapi Iskandar menegaskan bahawa situasi seperti itu tidak akan berlaku.

Ini kerana PAS telah memutuskan bahawa kerjasama politik tidak akan diwujudkan dengan bekas sekutunya DAP dan parti serpihan mereka, PAN, yang merupakan sebahagian daripada gabungan baharu itu.

Iskandar berkata ini juga tidak bermakna PAS akan bekerjasama dengan Umno.

“Majlis Syura telah memutuskan bahawa kita tidak akan bekerjasama dengan Umno. Ini jelas. Tiada kerjasama politik akan ditubuhkan dengan Umno,” katanya.

Ditanya sama ada PAS terpaksa memilih antara Umno atau Pakatan Harapan jika mereka mendapat cukup kerusi di Selangor selepas pilihan raya umum, ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka ini berkata perkara itu tidak sepatutnya dibangkitkan.

“Kita tunggu dan lihat. Pada tahun 2008, kita mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan Umno tetapi kami pergi (ketika itu) kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

DAP dan PAS telah memenangi 15 kerusi pada Pilihan Raya Umum 2013, dengan PKR mendapat 13 kerusi dan Umno 12 kerusi.

Terdahulu, PAS mengumumkan pelancaran kempen ‘PAS Pilihanku’ untuk menarik lebih ramai ahli baharu.

Iskandar berkata kempen itu akan bermula pada 1 Januari, tetapi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membuat pelancaran secara rasmi pada 21 Januari ini di Shah Alam.

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan 15 peratus keahlian di setiap negeri menjelang pilihan raya umum akan datang.

Iskandar bagaimanapun menafikan kempen itu dilancarkan disebabkan oleh pengaruh penubuhan Amanah dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia.

“Tidak, kami tidak berada di bawah ancaman sama sekali. Ramai yang berminat untuk menyertai parti kita terutama apabila kita mengamalkan dasar baharu politik matang.

“Pengundi atas pagar adalah sasaran kami,” katanya. – mStar Online

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd