• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palestin: PAS Ucap Tahniah Kepada Kerajaan Malaysia

oleh AK-47
26/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mengucapkan tahniah kepada wakil kerajaan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di atas kejayaan resolusi menghentikan aktiviti penempatan Israel di bumi umat Islam Palestin.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, kejayaan resolusi yang dibawa Malaysia itu satu tamparan besar kepada kerajaan Israel yang sering menindas rakyat Palestin meskipun perkara tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

“Amerika Syarikat (AS) tidak menggunakan kuasa veto yang dimilikinya bagi mempertahankan Israel walaupun telah dipinta oleh Perdana Menteri Israel sendiri. Akhirnya resolusi yang diusulkan semula oleh wakil Malaysia, New Zealand, Senegal dan Venezuela itu dibincang dan diluluskan.

“Resolusi tersebut mengarahkan Israel supaya menghentikan sebarang aktiviti penempatan haram di Palestin dan Jerusalem. Israel telah membina penempatan haram sejak 1967 dan terus berdegil dengan aktiviti tersebut walaupun jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

“Kejayaan resolusi tersebut tepat pada masanya ketika isu konflik Syria yang berkongsi sempadan dengan Israel sedang rancak diperdebatkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, Nasrudin berharap Malaysia di PBB mengekalkan pendirian yang tegas dalam memberikan tekanan kepada organisasi dunia tersebut supaya bertindak dengan cara yang sepatutnya dalam menangani konflik berpanjangan di Palestin.

Malaysia pada 23 Disember lalu memainkan peranan paling bersejarah dalam perjuangan membela Palestin apabila usul yang dibawakan negara ini bagi menentang penempatan haram Israel di Palestin diluluskan Majlis Keselamatan PBB.

Malaysia walaupun sebuah negara kecil, tetapi tetap berjiwa besar dalam membela rakyat Palestin yang dizalimi Zionis kerana sanggup mengambil tanggungjawab tersebut ketika jiran terdekat Palestin sendiri iaitu Mesir menarik diri. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Nasrudin HassanPalestinPASPBB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAN: Raja Berperlembagaan Tak Langgar Undang-Undang

Next Post

Sri Lanka Pecah Rekod Pokok Krismas Tertinggi Dunia

Related Posts

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

14/05/2025
0

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani...

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Next Post

Sri Lanka Pecah Rekod Pokok Krismas Tertinggi Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd