ANUGERAH Melodi yang buat julung kali diadakan semalam menobatkan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat memenangi anugerah utama iaitu Anugerah Personaliti Sensasi Melodi.
Majlis yang dianjurkan rancangan hiburan Melodi itu turut dihiburkan dengan senarai penyanyi yang cukup hebat antaranya Salim, Sahara Yaacob, kumpulan Candy, Zamani Slam, Tomok, Black dan juga artis seberang yang diterbangkan ke sini, Marcell dan Afghan.
Ketika Afghan membuat persembahan, ada beberapa selebriti seperti Zulin Aziz, Elizabeth Tan dan Chacha Maembong secara selamba naik ke atas pentas untuk mengambil gambar swafoto dan video bersama penyanyi popular berusia 28 tahun itu.
A video posted by chacha maembong (@chacha_maembong) on
Namun, rata-rata netizen mengutuk perbuatan tiga selebriti wanita itu yang disifatkan sebagai tidak menghormati majlis selain menganggu konstretasi Afghan dalam menyampaikan persembahannya.


Dalam majlis tersebut, Afghan turut membawa pulang trofi Personaliti Luar Negara Melodi.
Pemenang Anugerah Melodi ditentukan sepenuhnya menerusi undian peminat dan penonton yang dibuka sejak Oktober lalu.
Anugerah Melodi turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas hos Melodi seperti Datuk Mahadzir Lokman, Fauziah Datok Ahmad Daud, Saiful Apek dan Wahid Senario. – MYNEWSHUB.CC

