• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sampai Gurindam Transisi Kepimpinan Parti

oleh Ahmad Albab
01/12/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalam keseriusan menyampaikan ucapan dasar presiden hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat menyelit gurindam ringkas mengenai transisi kepimpinan parti yang mencuit anggota perwakilan yang hadir.

Merujuk gurindam orang lama ‘patah tumbuh, hilang berganti’, Najib secara halus menyentuh pertukaran orang kanan beliau dalam parti, serta menuntut sokongan anggota akar umbi kepada barisan baharu kepimpinan parti, selepas kemelut yang dilalui awal tahun ini.

“Maka, kalau hilang di hujung Pagoh, syukur telah kita jumpa di Bagan Datoh,” katanya merujuk kepada Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Seterusnya, jika ada yang sudah beralih arah dan tidak ‘semporna’ lagi, maka ‘se-afdhal-afdhalnya’, yang kita mahukan seorang yang setia dan tidaklah pula bersombong-sombong. Itulah dia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dari Sembrong,” kata Najib, yang juga Perdana Menteri.

Ahmad Zahid, kini menjalankan tugas sebagai timbalan presiden UMNO menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan anggota Parlimen Pagoh yang dipecat dari parti pada Jun lepas.

Sementara anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Shapie Apdal yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, digantung keahlian sebelum mengumumkan keluar dari UMNO pada Julai.

Najib berkata, beliau terus yakin bahawa UMNO Bahagian Pagoh dan UMNO Bahagian Semporna secara keseluruhannya, akan tetap berdiri teguh mendukung pimpinan parti serta kerajaan sedia ada. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakPAU 2016
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

FAM Drastik Batal Perlawanan Persahabatan Myanmar

Next Post

Beg ‘Nasi Lemak’ Hermes Buat Netizen Malaysia Terhibur

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Beg 'Nasi Lemak' Hermes Buat Netizen Malaysia Terhibur

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd