• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas LPT2: Beri Kami Masa Dan Ruang Privasi

oleh Ahmad Albab
14/12/2016
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Anggota keluarga mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) meminta supaya diberikan masa dan ruang untuk mereka bertenang sehingga keadaan benar-benar reda.

Mohd Aziruddin Majid, adik ipar Mahani Ngah yang meninggal dunia bersama lima yang lain berkata mereka memerlukan sedikit masa untuk bertenang dan menghadapi situasi tersebut memandangkan semua anggota keluarga terutama mangsa yang terlibat masih lagi trauma.

“Sekarang ni semua mangsa masih lagi trauma, terutamanya suami Mahani (Ahmad Nasal Abd Rahman)…jadi buat masa sekarang eloklah kalau semua pihak tidak mengganggu keluarga kami terutamanya mangsa yang terlibat.

“Bila ada pihak yang berjumpa dan bertanya berkaitan kejadian tersebut kepada mangsa, ianya akan menimbulkan kembali trauma. Semalam pun, ramai yang tanya hal kejadian dengan Ahmad Nasal sehinggakan beliau jadi semakin trauma dan menangis-nangis mengenangkan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Aziruddin berkata Ahmad Nasal, 52, yang merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) semasa kemalangan maut itu sudah dibenarkan keluar dari Hospital Kemaman petang semalam.

Tiga lagi anaknya Quratul Ain, 14, Ahmad Shakir, 12, dan Ahmad Mukriz, 3, yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dilaporkan semakin stabil dan menunjukkan perkembangan positif.

“Alhamdulillah, Ahmad Nasal dah dibenarkan pulang…pagi tadi, kakak saya bagitahu kemungkinan Ahmad Shakir dan Ahmad Mukriz juga akan dibenarkan pulang hari ini manakala keadaan Quratul Ain juga semakin baik dan sudah mula dapat disuap bubur,” katanya.

Mohd Aziruddin berkata meskipun reda dengan kejadian tersebut, keluarganya memerlukan masa untuk menerima dugaan tersebut.

“Memang kami reda dan menganggap ini ujian buat keluarga kami…tapi kami memerlukan sedikit masa sebab banyak benda yang terpaksa kami tangguhkan dahulu…macam sekarang ini, kami masih belum dapat beritahu anak-anak Mahani yang ibunya serta dua lagi adik-beradik meninggal sebab masanya belum sesuai.

“Setiap kali bangun daripada tidur dan teringatkan ibunya, Ahmad Shakir pasti akan tanya ‘mana ibu saya…macam mana keadaan ibu saya’. Memang luluh rasanya hati ini, tapi kami terpaksa berdalih dan tidak memberitahu keadaan sebenar sehingga dia benar-benar pulih,” katanya.

Aziruddin berkata Ahmad Nasal yang juga merupakan seorang guru kini berada di HSNZ untuk menjaga anak-anaknya yang masih dirawat.

“Dia (Ahmad Nasal) masih banyak menangis setiap kali teringatkan kejadian tersebut dan dia sering mengucapkan perkataan ‘saya minta maaf atas apa yang berlaku’ kepada anggota keluarga,” katanya.

Kemalangan ngeri di Kilometer 288.6 LPT2 Ahad lalu melibatkan 10 anggota keluarga itu berlaku selepas susur keluar Plaza Tol Chukai, kira-kira pukul 6 petang apabila MPV jenis Hyundai Starex yang dipandu Ahmad Nasal hilang kawalan ekoran satu tayar hadapan pancit lalu merempuh pembahagi jalan sebelum melanggar tiang jejantas.

Selain isteri dan dua anak Ahmad Nasal (Quratulnisa, 11, dan Ahmad Nijat, 9), turut terkorban ialah abangnya iaitu Ahmad Razif Abdul Rahman, 63, bersama isteri Pauziyah Awang, 56, serta cucu mereka Sofea Adriana Shahruddin, 7. – BERNAMA

Tags: LPT2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

20/04/2023
0

KUALA NERUS – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) mulai sesak dengan kenderaan mulai hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd