• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Miliki Wang Palsu, Peniaga & Pelajar Kolej Dipenjara

oleh AK-47
27/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang peniaga dan pelajar kolej masing-masing dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana memiliki 46 keping wang palsu bernilai RM4,600.

Piong Jia Fei, 23, dihukum penjara lima bulan manakala Tan Mc Jian, 22, dihukum penjara dua bulan selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir memerintahkan Piong menjalani hukuman itu bermula hari ini manakala Tan dari tarikh dia direman pada 8 April lalu.

Mereka didakwa memiliki 46 keping wang kertas palsu dengan setiap keping bernilai RM100 di Restoran Finn Cafe, Jalan USH 10/1E, Taipan Triangle, Subang Jaya, pada 2.10 pagi, 1 Okt 2015, mengikut Seksyen 488C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap kedua-dua tertuduh dan katanya wang palsu itu ditemui di dalam poket dan dompet mereka.

“Selain itu, Piong turut membawa pihak berkuasa ke premis tempat duit palsu itu dicetak dan menemui lebih banyak wang palsu di situ,” katanya.

Peguam G.A Suresh yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu hukuman penjara minimum ke atas anak guamnya kerana mereka telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. – BERNAMA

Tags: dipenjaraPelajar Kolejwang palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd