• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengamuk Tak Dapat Tapak, Lempar Duit Macam Tu Je..

oleh AK-47
23/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH hampir setahun mencetuskan fenomena festival fesyen, Mood Republik tampil dengan program Mood Republik Year End Sale (YES) bagi mengakhiri tahun 2016 yang diadakan serentak di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Namun satu insiden yang kurang enak telah berlaku dan tersebar di laman mikro Twitter tetapi lokasinya tidak dapat dipastikan sama ada berlaku di Kuala Lumpur ataupun di Johor Bahru.

Sebuah video berdurasi 5 minit lebih itu memaparkan sepasang lelaki dan wanita dipercayai peniaga mengamuk kepada kakitangan Mood Republik kerana tidak mendapat tapak berikutan semua tapak niaga telah mempunyai pemiliknya.

Walau bagaimanapun, vendor berkenaan mendakwa mereka telah membuat permohonan dari awal lagi namun disebabkan tidak mengikut prosedur dari pihak penganjur mereka tidak dibenarkan turut serta dalam festival tersebut.

Kemaruk mahu mendapatkan tapak, pasangan itu lantas mencetuskan kekecohan di tapak festival dengan mencampakkan sejumlah wang serta menjatuhkan gegantung sebagai tanda protes dan tidak berpuas hati terhadap pihak penganjur.

Mengamuk Tak Dapat Tapak, Lempar Duit Macam Tu Je..

Pasangan itu juga enggan mendengar penjelasan daripada kakitangan penganjur.

Malah mereka juga turut mempersoalkan misi Mood Republik yang dikatakan ingin membantu usahawan baharu.

Menerusi video yang tersebar, pergaduhan itu tercetus bersebelahan dengan tapak niaga Nur Sajat Beauty milik pengusaha kosmetik Nur Sajat Kamarul Zaman.

Klip yang tersebar telah diulang kicau (retweet) ribuan kali oleh pengguna laman mikro itu. Rata-ratanya menyalahkan pasangan vendor terbabit dan memuji kakitangan Mood Republik yang sabar dan tidak melenting melayan kerenah pasangan itu.

Seorang netizen; Bozøs ‏@MuhdSharifKadir menulis: “Aku rasa beli booth dari third party which is haram sama sekali and bila datang takda booth mengamuk.”

Manakala evlewtt ‏@tikahabusamah pula memuji kakitangan itu: “Aku respect la lepas kena lempaq duit macam tu still cakap baik-baik.” 

“Suka buat kerja last minute, then salahkan orang,” tulis Ehsan ‏@nm_ehsan.

Pun begitu, segelintir netizen mendakwa kekecohan yang berlaku itu adalah gimik semata-mata daripada pihak penganjur sebagai rangka promosi untuk melariskan lagi festival yang dianjurkan.

Temasya anjuran Mood Republik sememangnya acara yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga netizen kerana menghimpunkan ratusan jenama tempatan selain memberikan potongan harga yang sangat murah terhadap produk yang dijual. – MYNEWSHUB.CC

Tags: duitlemparmengamukMood Republik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan susulan kejadian amuk di Bandar Teknologi Kajang, dekat sini, Jumaat lalu dijangka berdepan pertuduhan di...

Wanita Mengamuk Ditegur Pengawal Keselamatan

Wanita Mengamuk Ditegur Pengawal Keselamatan

07/08/2023
0

KLANG – Gara-gara ditegur agar tidak meninggalkan anaknya dalam pasar raya membuatkan seorang wanita dipercayai kurang siuman mengamuk kepada pengawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd