• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka United Beri Ruang Gopinathan Bincang Perpindahan

oleh Ahmad Albab
13/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pemain sayap, R Gopinathan perlu mendapat pelepasan dari Selangor seandainya mahu menyertai skuad Melaka United musim depan kerana masih mempunyai kontrak dengan pasukan itu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata mereka memberi ruang kepada pemain berusia 27 itu berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kerana tidak mahu dituduh ‘mencuri pemain’.

Menurutnya Melaka United menawarkan tempat kepada Gopinathan kerana ada penaja yang mahu membawa pemain berkenaan ke Melaka United bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan.

“Ada penaja mahu membantu menampung sebahagian gajinya kerana awal-awal lagi kami telah katakan Melaka United tidak mampu berbelanja besar dan perlu mengurus wang dengan berhemah.

“Bagaimanapun, kita beri masa dan biarkan Gopi (Gopinathan) selesaikan dengan pasukannya (Selangor) mengenai kontrak itu,” katanya yang juga pengurus pasukan Melaka United kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas status perpindahan kapten pasukan Harimau Malaysia, Mohd Amri Yahyah ke Melaka United, Mohd Yusoff berkata secara dasarnya bekas pemain Johor Darul Ta’zim berusia 35 tahun itu bersetuju menyertai skuad Sang Kancil.

“Perpindahan itu dijangka dimuktamadkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris yang juga Presiden MUSA, malam ini.

“Amri telah menyatakan kesediaannya bersama Melaka United dan kami akan memberi taklimat kepada presiden mengenai hal ini sebelum perjanjian ditandatangani,” katanya. – BERNAMA

Tags: Melaka United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd